Suami tembak mati isteri enggan beri wang

Iklan
Lokasi kejadian tembak di Kampung Na Phra Chai. Foto: Matichon

NAKHON PHANOM – Seorang lelaki di Thailand ditahan selepas dipercayai menembak mati isterinya kerana enggan memberi wang sebanyak 10,000 baht (kira-kira RM1,297) dalam kejadian di hadapan menantu mereka.

Insiden itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 6.30 petang, 1 Disember lalu di Kampung Na Phra Chai, Moo 14, Subdaerah Nong Waeng.

Iklan
Iklan

Menurut laporan media tempatan, suspek berusia 51 tahun itu datang ke rumah anak perempuan dan menantunya untuk meminta wang daripada isterinya, Sasithorn, 54.

Bagaimanapun, mangsa enggan menuruti permintaan tersebut dan cuba mengelak dengan berlindung di belakang menantunya.

Iklan

Berang dengan tindakan itu, suspek didakwa mencapai sepucuk pistol sebelum melepaskan satu das tembakan ke arah isterinya dan melarikan diri.

Mangsa dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan dialami.

Iklan

Siasatan mendapati suspek menyimpan dendam terhadap mangsa sejak 16 tahun lalu selepas wanita itu menjual ladang getah miliknya pada 2009.

Anak perempuan pasangan itu, Thanyarat memaklumkan bapanya telah lama menagih dadah dan sering meminta wang serta mengugut ibunya.

Menurutnya, mangsa berkali-kali memaafkan perbuatan lelaki itu, namun keadaan tidak berubah menyebabkan wanita tersebut terpaksa mengelak pulang ke rumah demi keselamatan.

Suspek didapati positif dadah dan mengaku mengambil bahan terlarang sebelum kejadian.

Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan dan tindakan lanjut.