Individu tular video dakwa polis halang ambulans akan dipanggil
Iklan
Ambulans pada video tular yang berlaku pada Khamis.
AYER KEROH - Individu yang menularkan video mendakwa anggota polis trafik menghalang ambulans bagi memberi laluan kepada konvoi delegasi pelabur dari China pada Khamis akan dipanggil polis.
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, siasatan mendapati ambulans tersebut tidak berada dalam keadaan kecemasan kerana hanya menyalakan lampu beacon tanpa membunyikan siren kecemasan seperti didakwa.
Iklan
Iklan
Menurutnya, polis mengalu-alukan maklumat daripada orang awam, terutama yang membabitkan kes jenayah dan salah laku polis, namun menolak sebarang fitnah yang boleh menjejaskan imej badan beruniform itu.
“Kita tidak akan beri muka. Kita akan siasat dan pastikan individu yang sengaja membuat fitnah terhadap polis dikenakan tindakan.
Iklan
“Kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Legasi 04 RXZ X 125 ZR Melaka Attack 2025 yang disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, di Dataran MITC di sini, malam Jumaat.
Iklan
Pada Khamis, video berdurasi 51 saat tular menunjukkan seorang anggota trafik menghentikan beberapa kenderaan termasuk sebuah ambulans bagi memberi laluan kepada konvoi kenamaan.
Situasi itu sekali gus menimbulkan pertikaian dalam kalangan pengguna media sosial mengenai dakwaan ambulans yang berada dalam kecemasan turut ditahan.
Dzulkhairi berkata, bunyi siren yang kedengaran dalam rakaman video tular itu sebenarnya datang daripada kenderaan polis, bukannya ambulans seperti didakwa.
“Setelah anggota trafik melepaskan kenderaan delegasi China itu, ambulans berkenaan masih tidak membunyikan siren dan masih berada di lorong yang sama.
“Perkara ini sebenarnya tidak ada isu, tetapi sengaja dipropagandakan oleh individu yang menularkan video tersebut,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah: Waris gesa siasatan dibuka semula"><meta itemprop="description" content="Waris tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) pada 14 September 2017 lalu menggesa pihak berkuasa membuka semula kertas siasatan berhubung kemungkinan pelanggaran undang-undang dan peraturan keselamatan bangunan yang didakwa menyumbang kepada kejadian itu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki.
Gesaan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Februari lalu memutuskan tuntutan sivil berkaitan kecuaian dan ketinggalan pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan serta pemilikan bangunan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796974/berita/semasa/tragedi-pusat-tahfiz-darul-quran-ittifaqiyah-waris-gesa-siasatan-dibuka-semula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TragediPusatTahfizQuranIttifaqiyah #warisgesasiasatandibukasemula"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-19T07:24:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/efgzU1ghZYq1VUK7J/x1080"><meta itemprop="duration" content="P123S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xba1w7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xba1w7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xba1w7y"></script>