Banjir kilat, bumbung pentas runtuh, pokok tumbang di Johor Bahru

Iklan
Keadaan banjir kilat sekitar Jalan Kolam Air, Nong Chik, Jalan Sg Chat. - Foto tular

JOHOR BAHRU – Hujan lebat yang melanda bandar raya Johor Bahru ini petang Jumaat telah menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat serta pokok tumbang.

Selain itu, bumbung pentas di Dataran Bandaraya Johor Bahru dilaporkan runtuh ketika hujan lebat yang turut tular di media sosial.

Iklan
Iklan

Sekitar jam 3.50 petang, banjir kilat dilaporkan berlaku di Jalan Kolam Air, Nong Chik, Jalan Sungai Chat serta kawasan Tasik Merdeka.

Beberapa kenderaan bergerak perlahan manakala motosikal terpaksa berhenti akibat paras air yang naik mendadak serta berlumpur.

Iklan

Malah bumbung pentas di Dataran Bandaraya Johor Bahru runtuh ketika hujan lebat sedang turun dimana insiden itu berlaku ketika persiapan majlis perasmian, namun tiada laporan kecederaan setakat ini.

Selain itu, pokok besar tumbang di laluan Danga Bay sebelum simpang Country Garden menghala ke pusat bandar, menyebabkan gangguan lalu lintas sementara pasukan berkuasa membersihkan laluan.

Iklan

Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan, mengelak kawasan rendah dan mematuhi arahan keselamatan sepanjang tempoh cuaca buruk ini.