Lelaki ditembak ketika cari petai

Iklan
Seorang lelaki dipercayai terkena tembakan ketika cari petai di kawasan hutan Kampung Maasop, Senaling di sini pada Jumaat.

KUALA PILAH - Seorang lelaki dipercayai terkena tembakan di kawasan hutan Kampung Maasop, Senaling di sini pada Jumaat.

Kejadian sekitar jam 11 pagi itu berlaku ketika mangsa berusia 47 tahun sedang mencari petai.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, polis menerima maklumat kejadian daripada adik ipar mangsa.

"Mangsa bekerja sebagai pekerja kampung dan berada di lokasi kejadian seorang diri untuk mencari petai.

Iklan

"Mangsa yang masih bujang dipercayai telah ditembak oleh individu yang belum dikenal pasti," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, adik ipar mangsa memaklumkan bahawa mangsa sempat menghubungi ahli keluarga untuk meminta bantuan selepas insiden tersebut.

Iklan

Tambahnya, mangsa telah dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, di sini untuk mendapatkan rawatan dan kini ditempatkan di zon kecemasan untuk pemantauan lanjut.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) bagi membantu siasatan.

"Maklumat lanjut atau sebarang aktiviti mencurigakan boleh disalurkan ke IPD Kuala Pilah di talian 06-4842999 atau boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Muhammad Helmi Hussin di talian 018-9851207," katanya.