Industri halal catat RM118.2 bilion sehingga suku ketiga 2025

Iklan
SASARAN HIMP 2030 adalah untuk meningkatkan nilai industri halal Malaysia kepada RM231.1 bilion menjelang 2030.

INDUSTRI halal menyumbang 7.94 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bersamaan RM118.2 bilion dengan bilangan pengeksport halal berdaftar sebanyak 1,525 syarikat sehingga suku ketiga 2025.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjelaskan, sasaran Pelan Induk Industri Halal (HIMP) 2030 adalah untuk meningkatkan nilai industri halal Malaysia kepada RM231.1 bilion menjelang 2030, dengan eksport halal mencecah RM70 bilion dan sumbangan kepada KDNK sebanyak 10.8 peratus.

Iklan
Iklan

"Bagi memperkukuh ekosistem halal, Malaysia telah membangunkan 14 taman halal di bawah status HALMAS yang berfungsi sebagai pusat pengeluaran, pemprosesan dan logistik halal.

"Taman-taman ini dilengkapi dengan infrastruktur bertaraf dunia, kemudahan pensijilan halal serta sokongan pelaburan yang berpaksikan Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA).

Iklan
Iklan

MITI berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Hussin Ismail mengenai nilai pasaran makanan halal dan tidak halal serta usaha kerajaan dalam memperkasakan industri halal agar kekal berdaya saing di peringkat global. - Bernama