Suspek mengakui cemburu, tak boleh lihat isteri bercakap dengan lelaki lain - Bapa mangsa

Iklan
Jenazah mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Suka Menanti, Alor Setar, Kedah selepas solat Asar. Gambar kecil: Wan Khairul Safinah

SEBERANG JAYA -"Saya minta maaf ayah."

Perkataan itu diungkapkan suspek kes bunuh dan simpan mayat isteri selama empat hari kepada bapa mertuanya, Ishak Man, 76, ketika berada di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Menurut Ishak, menantunya kelihatan sugul mengucapkan permohonan maaf itu ketika dibawa keluar dari unit foresnik menuju ke kenderaan polis selepas selepas melihat mayat isterinya buat kali terakhir.

Beliau berkata, menantunya sebelum ini pernah meluahkan rasa cemburu apabila melihat isterinya bercakap dengan lelaki lain.

Iklan

"Dia ada kata dia tak boleh tengok orang bercakap dengan Wan (si mati). Dia cemburu, itu saja...

"Saya ingat depa okay saja. Terkejut juga jadi macam ni,” katanya ketika ditemui pemberita di hospital berkenaan pada Jumaat.

Iklan

Jenazah mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Suka Menanti, Alor Setar, Kedah selepas solat Asar.

Dalam kejadian menyayat hati itu, Wan Khairul Safinah Ishak, 44, ditemui mati dengan kesan kelar pada leher selepas suaminya dipercayai menyimpan mayat wanita itu selama empat hari di kediaman mereka di Flat Jalan Tuna, Seberang Jaya.

Jenazah Allahyarham dituntut keluarganya kira-kira jam 12.15 tengah hari selepas bedah siasat selesai dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Suka Menanti, Alor Setar, Kedah selepas solat Asar.

Suasana pilu menyelubungi unit forensik apabila anak kedua mangsa, Mohamad Daniel Hardiha Shayrin Yezral, 25, gagal menahan tangis ketika melihat jenazah ibunya yang telah dikafankan.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, suspek yang tidak bekerja direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mangsa difahamkan baharu dua tahun mendirikan rumah tangga dengan suspek, manakala motif awal kejadian dipercayai berpunca daripada rasa cemburu.