FAMA mula eksport produk halal tempatan ke Filipina

Iklan
AMINUDDIN membuat pelepasan pada Program Pelepasan Produk Agromakanan ke Pasaran Filipina yang diadakan di Ibu Pejabat FAMA baru-baru ini. Foto BERNAMA

MALAYSIA terus memperkukuh kedudukannya sebagai pengeksport produk halal di rantau ASEAN menerusi penghantaran fasa pertama dua kontena produk agromakanan bernilai RM338,408 ke Filipina, dengan jumlah eksport keseluruhan dijangka mencecah RM4.15 juta hingga tahun hadapan.

Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Aminuddin Zulkipli berkata, kerjasama perdagangan dan perluasan pasaran halal ke Filipina menandakan rekod baharu sekali gus menjadikan republik itu sebagai pasaran halal keempat terbesar negara, selepas China, India dan Indonesia.

Iklan
Iklan

Aminuddin berkata, Malaysia memiliki kekuatan sebagai pengeluar produk halal manakala Filipina semakin menitik-beratkan pensijilan halal, menawarkan peluang pasaran yang lebih besar kepada produk negara. - Bernama