Payment to Voice dalam aplikasi BIMB Biz mudahkan peniaga pantau pembayaran
Iklan
Ciri-ciri Payment to Voice dalam aplikasi BIMB Biz turut memudahkan komuniti peniaga termasuk dalam kalangan OKU penglihatan. FOTO: Bernama
KUALA LUMPUR - Bagi memperluas keupayaan perbankan digital, Bank Islam Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) secara rasmi memperkenal ciri Payment to Voice dalam aplikasi BIMB Biz, satu inovasi yang direka sebagai kemudahan tambahan kepada golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan perniagaan mikro.
Ciri-ciri Payment to Voice membolehkan peniaga menerima notifikasi suara masa nyata bagi setiap transaksi yang berjaya melalui DuitNow QR tanpa sebarang caj dan tanpa memerlukan peranti tambahan seperti ‘soundbox’.
Iklan
Iklan
Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan - Perbankan Runcit Bank Islam, Mizan Masram berkata, Bank Islam merupakan bank pertama yang menggunakan ciri tersebut melalui aplikasi di telefon mudah alih berbanding menggunakan ‘soundbox' sebagai peranti tambahan.
Menurutnya, melalui ciri tersebut peniaga dapat mengurangkan risiko terlepas notifikasi pembayaran, menjimatkan kos operasi dan meningkatkan keyakinan terhadap pembayaran digital.
Iklan
Mizan
"Pengenalan ciri Payment to Voice adalah sebahagian daripada usaha Bank Islam untuk menyediakan penyelesaian yang relevan dan inklusif kepada pelanggan kami.
Iklan
"Selain notifikasi suara, Payment to Voice membolehkan sehingga lima juruwang menerima pemberitahuan transaksi secara serentak pada peranti sedia ada, menjadikan operasi lebih telus dan teratur.
"Pada masa sama, pemilik perniagaan akan turut menerima kesemua pemberitahuan urus niaga yang telah disempurnakan," katanya ketika merasmikan ciri tersebut di Menara Bank Islam di sini pada Rabu.
Mizan menambah, setakat Oktober 2025, BIMB Biz merekodkan kira-kira 15,000 pengguna aktif dengan amaun transaksi mencecah RM1.2 bilion.
Mizan (tengah) melawat gerai jualan di bazar yang dibuka khas selama tiga hari sempena pelancaran ciri Payment to Voice dalam aplikasi BIMB.
Justeru katanya, dengan pengenalan Payment to Voice, Bank Islam menyasarkan pertumbuhan sebanyak 50 peratus jumlah pengguna BIMB Biz serta amaun transaksi dalam tempoh 12 bulan akan datang, khususnya dalam kalangan peniaga mikro seperti pengusaha gerai dan warung, pasar malam, kios bazar dan amil zakat.
“Bank Islam percaya bahawa teknologi harus memudahkan urusan peniaga dan bukan menambah beban.
"Setiap peniaga, tanpa mengira saiz atau lokasi perniagaan mereka, berhak menikmati penyelesaian yang praktikal, selamat dan mampu milik," katanya.
Jelas beliau, Payment to Voice direka untuk memenuhi keperluan sebenar pengusaha perniagaan mikro dan PKS dengan menerapkan elemen yang mengawal kos operasi, meningkatkan keselamatan dan membantu mereka merekodkan urus niaga secara teratur.
"Penambahbaikan pada aplikasi BIMB Biz ini merupakan salah satu usaha kami dalam memastikan pelanggan Bank Islam bersedia untuk menyertai dan bersaing dalam ekonomi digital,” tambah Mizan.
Abul Faris
Sementara itu, salah seorang pengguna, Abul Faris Mohd Ali yang juga Pengurus Pusat Terapi Urusan Refleksologi Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (POBIM) berkata, ciri kemudahan baharu yang tersedia dalam BIMB Biz diyakini mengurangkan risiko kerugian dalam urusan perniagaan komuniti mereka.
Katanya, notifikasi suara masa nyata amat membantu komuniti kurang upaya penglihatan dalam urusan jual beli.
"Amat memudahkan sebab kami boleh dengar suara sahaja. Jadi kami dah yakin pelanggan dah imbas kod QR dan duit itu kita dah terima.
"Urusan jadi lebih cepat dan menyakinkan sebab sebelum ni, kadang-kadang bila kita dah sibuk, masa pelanggan imbas kod QR kita tak perasan masuk atau tak. Lepas pada tu, ada bayaran yang tak diterima," katanya.
Payment to Voice tersedia untuk pengguna Android, iOS dan Huawei, memastikan akses yang meluas dan inklusif.
Untuk menikmati kemudahan terkini, pelanggan perlu memuat turun aplikasi BIMB Biz melalui Apple App Store, Google Play atau Huawei AppGallery atau mengemas kini aplikasi sedia ada.
Pastikan peranti memenuhi keperluan minimum iaitu iOS 13 atau Android 10 ke atas.
Untuk maklumat lanjut berkenaan BIMB Biz atau Payment to Voice, sila layari laman BIMB Biz di https://bimb.com/business/.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.