Lebih sedekad, isu air di Kepulauan Tumpat akhirnya selesai

Iklan
Saizol (dua, kanan) memeriksa air semasa Lawatan Kerja ke Tapak Tangki Kampung Laut di Tumpat pada Khamis. Foto: SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN

TUMPAT - Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) memaklumkan isu air yang membelenggu penduduk di Kepulauan Tumpat di sini sejak lebih sedekad akhirnya selesai dengan siapnya pembinaan penapis tekanan di Kampung Laut di sini.

Timbalan Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Saizol Ismail berkata, bagaimanapun masih berbaki 100 akaun pemilik kediaman di sekitar Teluk Renjuna yang berdepan masalah disebabkan tekanan air rendah.

Iklan
Iklan

"Ini kerana kedudukan kawasan tersebut di hujung kampung. Namun ia akan diselesaikan selewatnya pertengahan tahun hadapan.

"AKSB akan memasang pam penggalak bagi menyelesaikan masalah tersebut," katanya semasa sidang akhbar ketika ditemui pada Lawatan Kerja ke Tapak Tangki Kampung Laut di sini pada Khamis.

Iklan

Dalam perkembangan sama menurut Saizol, dua lagi projek bekalan air dalam peringkat perancangan serta proses reka bentuk iaitu membabitkan Loji Rawatan Air (LRA) Wakaf Bharu dan Sungai Pengkalan Nangka di sini.

Beliau memberitahu, cadangan baikpulih sistem proses di LRA Wakaf Bharu membabitkan kos berjumlah RM400,000 dan akan dibentangkan dalam Jawatankuasa Lembaga Pengarah pada bulan ini.

Iklan

Ujarnya, manakala pembinaan LRA Sungai Pengkalan Nangka di bawah biaya Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bernilai RM75 juta pula sedang dalam proses rekabentuk dan dijangka siap pada 2029.