Lapan kereta, satu rumah terbakar selepas bengkel cat dipanah petir

Iklan
Petir dipercayai punca bengkel cat terbakar dan menjejaskan sebuah rumah dan lapan kenderaan. Foto hiasan AFP

SHAH ALAM - Lapan kereta musnah dijilat api selepas sebuah bengkel mengecat kereta terbakar dalam kejadian di Sungai Sedu, Banting dekat sini petang Ahad. 

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, kebakaran itu yang dipercayai berpunca akibat panahan petir kira-kira pukul 5 petang, turut mengakibatkan sebuah rumah bersebelahan bengkel terbabit terbakar. 

Iklan
Iklan

"Kebakaran disedari orang awam sebelum dimaklumkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan polis dengan pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira 5.20 petang. 

"Keadaan berjaya dikawal sepenuhnya dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Api berjaya dipadamkan lebih kurang pukul 7.20 malam,” katanya dalam kenyataan pada Ahad. 

Iklan
Iklan

Beliau berkata JBPM masih meneruskan pemeriksaan di lokasi kejadian untuk memastikan keadaan terkawal. - Bernama