SEPANG – Cubaan membawa masuk 1,750 kilogram (kg) cili segar dari Bangladesh yang tidak mematuhi syarat permit import melalui Zon Perdagangan Bebas (FCZ) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), berjaya ditumpaskan pada Sabtu.
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dalam kenyataan berkata, hasil pemeriksaan terhadap satu konsainan mendapati komoditi pertanian tersebut tidak memenuhi keperluan permit import yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis).