Warganet resah, virus influenza 'mengganas' di China

Iklan
Kebanyakan hospital di seluruh Beijing sesak dengan kebanjiran pesakit.

BEIJING - Hospital di beberapa wilayah di China sedang 'berperang' dengan lonjakan luar biasa kes virus influenza yang melanda negara itu sejak beberapa minggu lalu.

Media tempatan melaporkan peningkatan kes virus H3N2 hingga menyebabkan kebanjiran pesakit di bandar utama seperti Beijing hingga ke 17 wilayah termasuk Hebei, Henan, Guangdong, Fujian, Shandong dan Shanxi.

Iklan
Iklan

Warganet bagaimanapun mendakwa ia berpunca daripada kes varian baharu Covid-19 dan China cuba menyembunyikan lagi wabak tersebut.

Bagi meredakan kebimbangan orang ramai, penyelidik di Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC), Peng Zhibin berkata, kadar jangkitan influenza jenis virus A di negara itu mencapai kemuncak pada akhir November dan dianggap perkara biasa pada musim sejuk.

Iklan

Pengarah CDC, Dr Zhang Datao juga mengesahkan tiada penyakit berjangkit pernafasan lain yang dikenal pasti setelah influenza A menjadi punca utama wabak bermusim itu yang telah meragut satu nyawa.

Ia menyerang golongan berusia lima hingga 14 tahun dan berlaku dalam persekitaran sekolah serta pusat jagaan kanak-kanak. - Agensi

Iklan