Anak didakwa ugut bakar rumah ibu kandung, acu pisau

Iklan
Maznah(kiri) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat pada Jumaat atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah dan mengacukan pisau terhadap ibunya

BATU PAHAT - Seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengugut mahu membakar rumah serta mengacu pisau terhadap ibunya kerana berang dilarang keluar rumah, pada Isnin lalu.

Tertuduh, Maznah Naim, 50, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nurasidah A Rahman.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, Maznah yang belum berkahwin didakwa menakutkan secara jenayah dengan mengeluarkan kata-kata,“aku akan bakar rumah” sambil mengacu sebilah pisau terhadap ibunya yang berusia 70 tahun.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Sri Pantai, Senggarang, pada jam 6.30 petang, 1 Disember lalu.

Iklan

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Berdasarkan laporan, ibu tertuduh melarangnya keluar rumah sebelum wanita itu tiba-tiba naik angin lalu mengambil sebilah pisau.

Iklan

Mangsa yang berasa ketakutan dengan ugutan itu lalu bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Senggarang pada keesokan hari.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahidah Mohd Sharip manakala tertuduh diwakili peguam, Haryanti Othman daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Mahkamah membenarkan diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin namun tertuduh gagal membayarnya sebelum dihantar ke Pusat Koreksional Muar bagi menjalani tahanan sementara.

Kes disebut semula pada 4 Februari depan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam tertuduh.