Sauna songsang: Tujuh lelaki dihadapkan ke mahkamah

Iklan
Kesemua tertuduh diiringi anggota polis ketika dibawa ke Mahkamah Bukit Mertajam, pada Jumaat.

BUKIT MERTAJAM - Tujuh lelaki yang ditahan polis dalam serbuan di sebuah pusat sauna songsang di Bandar Perai Jaya pada 29 November lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, di sini pada Jumaat dan didakwa atas pelbagai kesalahan.

Pemilik pusat sauna terbabit, Khor Yik Keian, 57, didenda keseluruhan RM8,000 selepas mengaku salah dengan dua pertuduhan iaitu mendedahkan orang lain kepada risiko jangkitan Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan memiliki bahan lucah dalam telefon bimbitnya.

Iklan
Iklan

Dia membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Roshayati Radellah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Mandarin.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa mempunyai sebab untuk percaya bahawa dirinya menghidap HIV dan mendedahkan orang lain kepada risiko jangkitan melalui perbuatannya di sebuah pusat sauna di Jalan Perai Jaya 4, Perai di sini, pada jam 7 malam.

Iklan

Bagi kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 12(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(a) akta sama.

Bagi pertuduhan kedua, Yik Keian didakwa memiliki bahan lucah berupa gambar dan video dalam telefon bimbit Oppo Reno 11, mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda atau kedua-duanya.

Iklan

Dalam prosiding berasingan di mahkamah sama, tiga lelaki Teoh Wan Seong, 37; Ahmad Safwan Razali, 33, dan penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA), Syed Al Aisy Syed Alfarley,19, turut didakwa atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama kerana melakukan perbuatan kelucahan melampau terhadap Mohamad Azuddin Sabran, 58, Yik Keian dan di pusat sauna sama.

Ketiga-tiga mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mahkamah membenarkan masing-masing diikat jamin RM12,000 bagi kedua-dua pertuduhan.

Sementara itu, Syed Al Aisy, Ahmad Safuan, Wan Seong, Luo Yun, warga china ,41; A A Mathiyalagan, 31; Mohd Redduwan Zairukaperi, 48, turut didakwa atas pertuduhan memiliki bahan lucah dalam telefon bimbit masing-masing di lokasi, tarikh dan masa sama, mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan itu, Syed Al Aisy, Ahmad Safuan, Wan Seong tidak mengaku salah dan masing-masing dibenarkan ikat jamin RM3,000.

Manakala Luo Yun, A Mathiyalagan dan Mohd Redduwan pula didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Anis Suhada Rosli.

Pada 30 November lalu, Sinar Harian melaporkan seramai 13 lelaki ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam aktiviti hubungan songsang di sebuah premis perniagaan di Bandar Perai Jaya, di Perai.

Daripada jumlah itu, antara yang ditangkap adalah warga emas dan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Difahamkan, ketika serbuan, beberapa lelaki berkenaan sedang melakukan aktiviti sauna dan hanya berpakaian dalam.

Pemeriksaan turut menemui kondom, minyak pelincir dan beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan tidak bermoral.