Sebar maklumat perjawatan ATM: Beberapa pegawai dipanggil polis beri keterangan

Iklan
Mohamed Khaled (kanan) melihat dan mendengar taklimat mengenai model pembangunan Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak ketika Lawatan Kerja ke Kem Terendak, Sungai Udang. Foto: Bernama

MELAKA - Beberapa pegawai tentera dipanggil memberi keterangan kepada polis berhubung penyebaran maklumat urusan perjawatan strategik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di media sosial.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia susulan laporan polis dibuat Kementerian Pertahanan (MINDEF) berhubung kebocoran maklumat itu pada minggu lepas.

Iklan
Iklan

"Polis telah memanggil beberapa pegawai dan sehingga kini, saya percaya polis masih lagi melakukan siasatan. Saya percaya bila siasatan selesai, tentu akan ada tindakan sewajarnya,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Kem Terendak di Sungai Udang di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Setiausaha MINDEF, Datuk Lokman Hakim Ali; Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Azhan Md Othman; Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Malek Razak Sulaiman dan Panglima 3 Divisyen, Mej Jen Datuk Mohamad Suria Mohamad Saad.

Iklan

Mohamed Khaled bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah pegawai tentera yang dipanggil memberi keterangan kepada polis setakat ini.

Sebelum ini, MINDEF memaklumkan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan maklumat sulit berhubung urusan perjawatan strategik ATM di media sosial. - Bernama

Iklan