Bung Moktar meninggal dunia

Iklan
Allahyarham Bung Moktar meninggal dunia pada jam 1.46 pagi tadi

KOTA KINABALU - Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin disahkan telah meninggal dunia pada jam 1.46 pagi tadi.

Pemergian Ahli Parlimen Kinabatangan berusia 66 tahun itu disahkan oleh anaknya, Naim Kurniawan menerusi hantaran di Facebooknya.

Iklan
Iklan

"Assalamualaikum. Dengan penuh dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda kami, Moktar bin Radin, telah menghembuskan nafas terakhir pada 05 Disember 2025, jam 1.46 pagi (14 Jamadilakhir 1447H).

"Mohon semua mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Al-Fatihah," tulisnya.

Iklan

Bung Moktar sebelum itu menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu selepas mengalami kegagalan fungsi buah pinggang dan jangkitan teruk pada paru-paru.

 

Iklan