Amaran laut bergelora, hujan berterusan di enam daerah
Iklan
Amaran hujan berterusan di enam daerah pada hujung minggu ini.
JOHOR BAHRU – Penduduk di enam daerah di negeri ini diminta bersedia susulan amaran hujan berterusan (Waspada) yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) pada hujung minggu ini.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, hujan berterusan dijangka melanda Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru dari 7 hingga 8 Disember ini.
Iklan
Iklan
Menurut beliau, angin kencang dan laut bergelora turut diramal berlaku di beberapa kawasan negara termasuk perairan Johor.
“Angin kencang kategori pertama melibatkan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan, Tioman dan kawasan sekitarnya dengan ketinggian ombak antara 2.5 hingga 3.5 meter,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.
Iklan
Onn Hafiz berkata, kerajaan negeri telah meningkatkan kesiapsiagaan melalui penyelarasan rapat bersama agensi keselamatan untuk pemantauan di kawasan rendah dan tebing sungai yang berisiko.
Selain itu, persiapan aset di lokasi strategik turut diperkukuh bagi memastikan tindakan segera dapat diambil sekiranya berlaku peningkatan paras air atau keadaan laut berbahaya.
Iklan
“Saya menasihatkan seluruh bangsa Johor supaya terus berwaspada dengan keadaan cuaca dan laut, mengelakkan aktiviti rekreasi di kawasan pantai serta perairan selain merujuk makluman rasmi.
“Sekiranya diminta berpindah oleh pihak berkuasa, utamakan keselamatan keluarga dan bertindak segera,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>