Datang ke pejabat kadi nak nikah cepat, rupanya sudah hamil

Iklan
Tindakan pasangan hadir Pejabat Kadi Kulai untuk bernikah dengan segera membawa kepada pendedahan wanita berusia 30-an itu sebenarnya sedang hamil

KULAI -Tindakan pasangan hadir Pejabat Kadi Kulai untuk bernikah dengan segera membawa kepada pendedahan wanita berusia 30-an itu sebenarnya sedang hamil sekitar tiga hingga empat bulan.

Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) memaklumkan perbuatan pasangan terbabit terbongkar selepas ibu wanita berkenaan menyedari perubahan pada anaknya itu sebelum anaknya mengaku sendiri melakukan perbuatan terlarang itu secara suka sama suka.

Iklan
Iklan

"Lelaki bujang berusia 20-an dan wanita berusia 30-an yang mana di atas kertas dan dalam sistem wanita ini masih anak dara. Keluarga wanita dan lelaki itu turut hadir mengiringi pasangan ini.

"Pasangan ini ingin bernikah segera kerana ada kisah sudah mengandung dahulu. Pasangan ini kemudian dirujuk ke Bahagian Penguatkuasa JAINJ untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan.

Iklan

Menurut JAINJ, Bahagian Penguatkuasa kemudian menghantar wanita terbabit ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI) di sini, untuk pemeriksaan lanjut dan wanita itu disahkan hamil antara tiga hingga empat bulan.

"Wanita ini mengaku perbuatan terlarang itu sudah berlaku beberapa kali dan kali terakhir September lalu di sebuah hotel di daerah ini dengan menyewa bilik hotel selama sejam.

Iklan

"Mereka mengaku takut sekiranya tertangkap dan sebab itulah mereka tidak pernah tidur bersama di hotel dan hanya menyewa mengikut jam sahaja, katanya dalam kenyataan.

Menurut kenyataan itu lagi, pada peringkat awal, mereka belum terfikir hendak bernikah kerana lelaki terbabit baharu bekerja.

"Mereka simpan rahsia kerana lelaki itu tinggal tidak berapa jauh dari rumah wanita dan keluarga mereka saling mengenali.

"Keadaan pada mulanya tegang antara keluarga kedua-dua mereka, namun penyelesaian dicapai untuk menutup malu keluarga.

"Kerelaan lelaki bersetuju bernikah lebih baik daripada dia melarikan diri atau meninggalkan wanita itu begitu sahaja," katanya.

Menurut JAINJ, pasangan berkenaan berdepan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 23 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor.