KAJANG - Seorang lelaki yang ditahan kerana disyaki memukul dan mengugut warga emas susulan kemalangan kecil berhampiran lampu isyarat Pekan Suntex Batu 9 Cheras di sini pada Ahad, akan didakwa di mahkamah pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, suspek berusia 52 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Majistret Kajang pada jam 8.30 pagi.
Iklan
Iklan
"Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 akta sama," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Terdahulu Naazron dilaporkan berkata, kejadian itu berpunca dari kemalangan kecil melibatkan kenderaan pengadu berusia 69 tahun dan suspek.
Menurutnya, suspek seorang lelaki warga tempatan yang juga peniaga berusia 52 tahun telah ditahan pada jam 11.30 malam hari sama di kawasan Kajang.
Suspek telah direman selama dua hari bagi membantu siasatan.