LLAOLLAO Malaysia bekerjasama dengan Trip.com bagi menawarkan penginapan hotel dan tiket penerbangan bernilai RM159,000 kepada 719 pemenang bertuah sempena meraikan ulang tahunnya yang ke-10.
Dua pemenang hadiah utama akan menerima percutian penuh berbayar ke Sepanyol, tempat kelahiran jenama Ilaollao.
Selain itu, sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun tersebut, Ilaollao melancarkan Blind Box llaopals pertamanya yang mengetengahkan empat patung plushie edisi terhad.
Mereka yang berjaya mengumpul kesemua empat plushie akan membuka kunci tahap kesetiaan Pro-Yo yang menawarkan ganjaran eksklusif dan lima kali mata ganjaran bagi setiap pembelian.
Bagi pelanggan yang bertuah yang memiliki kad emas llaopals tersembunyi dalam Blind Box terpilih, bakal menikmati hadiah utama iaitu bekalan Ilaollao percuma selama setahun.
Selain itu, Ilaollao Malaysia turut bekerjasama dengan Sambong Future Foundation bagi menyokong pendidikan kanak-kanak B40.
Hasil daripada kempen ulang tahun akan digunakan untuk menyediakan komputer riba, peralatan pembelajaran dan peluang kepada kanak-kanak kurang berkemampuan, sekali gus memperkasa masa depan mereka.
Sejak pembukaan cawangan pertamanya di Pavilion Kuala Lumpur pada 2015, llaollao telah menjadi kegemaran ramai dalam kalangan rakyat Malaysia.
Dikenali dengan yogurt beku segar rendah lemak dan pilihan penyesuaian tanpa had, jenama tersebut kini mempunyai lebih daripada 100 cawangan di seluruh negara, meraih pelbagai anugerah, sijil halal, serta tersenarai dalam Malaysia Book of Records.
Sempena sambutan 10 tahun ini, llaollao kekal komited untuk menyebarkan kegembiraan dan bersedia untuk terus berkembang, berinovasi serta mencipta pengalaman lebih hebat untuk masa akan datang.