Dewan Rakyat lulus dua RUU berkaitan perlindungan pekerja
Iklan
Steven
KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat pada Selasa meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2025 yang bertujuan memperkenalkan Skim Lindung 24/7 iaitu perlindungan menyeluruh kepada pekerja sepanjang masa termasuk di luar waktu bekerja.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata, pelaksanaan skim berkenaan bakal memberi manfaat kepada hampir 10 juta pekerja formal di seluruh negara.
Iklan
Iklan
Menurut beliau, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mempunyai keupayaan untuk memastikan kelancaran pelaksanaan skim terbabit apabila dilaksanakan kelak.
"Purata tempoh masa pemprosesan (tuntutan) untuk tahun lepas di bawah PERKESO bagi setiap kes adalah lebih kurang 24 jam. Maksudnya, kecekapan memang ada untuk memastikan kes diproses segera.
Iklan
"PERKESO memang tidak ada kompromi untuk memastikan kecekapan. Purata (masa diambil untuk memproses tuntutan) adalah 1.29 hari," katanya ketika membentangkan RUU tersebut di Dewan Rakyat pada Selasa.
Dalam pada itu beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam memaklumkan, sebanyak 12,306 kes tuntutan ditolak PERKESO sejak 2023 hingga Oktober lalu selepas ia diputuskan sebagai bukan bencana kerja.
Iklan
Oleh itu Steven menegaskan, wujud kepentingan untuk pelaksanaan Skim Keselamatan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) yang dimasukkan dalam RUU berkenaan.
Pelaksanaan skim berkenaan ujarnya, bagi mengelak situasi ribuan keluarga yang terpaksa menanggung sendiri kos rawatan dan segala perbelanjaan pemulihan kerana kemalangan berlaku di luar waktu kerja.
Sementara itu, Dewan Rakyat turut meluluskan RUU Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025 bagi meningkatkan faedah kepada pencarum PERKESO yang kehilangan pekerjaan serta memperkukuh tadbir urus pelaksanaan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad ketika menggulung RUU berkenaan berkata, sebanyak 57,094 atau 85.3 peratus pekerja telah menerima manfaat di bawah pelbagai faedah dalam SIP setakat 30 November lalu.
"Jumlah itu adalah daripada 69,923 kes kehilangan pekerjaan yang telah direkodkan oleh PERKESO dalam tempoh lima tahun.
"Jumlah keseluruhan bayaran faedah SIP yang diluluskan ialah RM437.19 juta dan kerajaan akan memastikan bantuan ini terus disalurkan secara cepat, telus dan berkesan agar pekerja terkesan dapat meneruskan kelangsungan hidup sementara kembali memasuki pasaran pekerjaan," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>