PBRS sokong pembentukan kerajaan Sabah demi kestabilan politik, kesejahteraan rakyat - Arthur
Iklan
Kerajaan Sabah terbentuk hasil gabungan GRS, UPKO,BN dan PH. Gambar kecil: Arthur
KOTA KINABALU - Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menyokong pembentukan kerajaan Sabah yang baharu demi memastikan kestabilan politik, kesinambungan pembangunan dan kesejahteraan rakyat dapat diteruskan.
Presidennya Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, PBRS juga turut menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Hajiji Noor untuk terus memimpin Sabah sebagai Ketua Menteri.
Iklan
Iklan
"Kepimpinan beliau telah membuktikan komitmen yang konsisten dalam menjaga kestabilan, memajukan ekonomi Sabah serta memperjuangkan hak-hak Sabah dalam kerangka Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
"Sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN), PBRS juga menzahirkan sokongan terhadap penyertaan BN dalam kerajaan Sabah," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Iklan
Tambah beliau lagi, kerjasama konstruktif antara parti-parti yang membentuk kerajaan adalah asas penting dalam menggerakkan agenda pembangunan, memperkukuh pentadbiran serta memastikan suara rakyat Sabah terus diberi keutamaan.
"PBRS percaya bahawa kestabilan politik adalah prasyarat utama bagi membawa lebih banyak pelaburan, peluang pekerjaan dan pembangunan seimbang ke seluruh Sabah, khususnya kawasan pedalaman.
Iklan
"Sehubungan itu, PBRS akan terus memainkan peranan aktif dalam memastikan kerajaan yang dibentuk kekal kukuh, stabil dan berfungsi demi kepentingan rakyat Sabah," katanya.
Sebelum itu, kerajaan Sabah terbentuk hasil gabungan daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO), Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).
Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terdiri daripada parti-parti tersebut telah mengangkat sumpah di Istana Sri Kinabalu di sini pada Isnin.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.