'UMNO perlu cipta keluarbiasaan' - Ahmad Zahid

Iklan
Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi Jemaah Penasihat Sekolah Patriotik UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Pertama Sekolah Patriotik UMNO di sebuah hotel hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - UMNO melahirkan kebimbangan partinya itu berisiko 'tutup kedai' dalam tempoh 20 tahun akan datang sekiranya corak sokongan pengundi masih kekal seperti Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, anjakan luar biasa perlu dilakukan bagi memastikan parti itu tidak terus terpalit dengan persepsi negatif rakyat.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, perubahan itu bukan lagi satu pilihan atau retorik politik sebaliknya suatu keperluan.

"Biarpun produk (UMNO) dijual baik tetapi persepsinya sangat negatif. Prasangka dan prejudis inilah menyebabkan kita terdampar dipantai politik dengan sampah sarap persepsi yang sangar sukar ditukar.

Iklan

"Kesannya bukan sahaja kepada penyokong tetapi mereka yang mahu menjinak diri dan mengenali kita pun akan perlahan-lahan lari.

"Oleh itu, kita mesti mewujudkan keluarbiasaan," tegasnya ketika berucap pada Majlis Makan Malam bersempena Ulang Tahun Pertama Sekolah Patriotik UMNO (SPU) di sini pada Ahad.

Iklan

Hadir sama, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Timbalan Perdana Menteri itu turut menegaskan UMNO perlu segera merangka keperluan strategi pemasaran politik baharu yang lebih segar berasaskan nilai intelektual, spiritual dan kualiti kepimpinan untuk kekal relevan dalam kalangan pengundi.

Kata Ahmad Zahid, beliau mahu 158 produk Patriot SPU menjadi para pemikir baharu untuk menganalisis, merumus dan memberi pandangan kepada kepimpinan UMNO dalam menuju ke usia 100 tahun.

“SPU merupakan produk UMNO yang baik dan mesti melahirkan produk lebih baik yang boleh kita jual supaya berada di pasaran politik dan diterima sebagaimana jenama popular lain.

"Dalam tempoh 20 tahun nanti, produk Patriot SPU mampu melahirkan pelapis kepimpinan dan mencorakkan landskap politik negara pada masa depan," katanya.