KOTA BHARU - Seorang ibu tunggal bersama anak perempuannya akan menaiki feri sekitar 20 minit dari Pasir Kelang ke Pasir Era, Kuala Krai menyeberangi Sungai Kelantan, kemudian menaiki kereta hampir tiga jam ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) di sini.
Rutin tersebut perlu dilalui setiap hari oleh Nur Haniza Arifin, 45, apabila Nur Adawiyah Awang, 17, perlu menjalani fisioterapi selepas mengalami ke cederaan serius akibat kemalangan langgar lari pada tahun 2023 lalu sehingga menyebabkan anak ketiga daripada lima beradik itu koma selama lapan bulan.
Menurut suri rumah itu, rawatan tersebut perlu dilakukan selama tiga hingga empat hari dalam masa seminggu dan ia bukan sahaja memenatkan malah memakan belanja yang besar namun demi anak tersayang ia terpaksa dilalui.
“Semuanya menjadi mudah dan menjimatkan kos apabila diberi peluang untuk menetap di Rumah Ronald McDonald (RMH). Perjalanan yang sebelum ini mengambil masa yang lama dan memenatkan kini hanya perlu berjalan kaki selama 10 minit sahaja kerana jarak cuma 700 meter dari hospital.
“Alhamdulillah, emosi anak juga stabil begitu juga saya. Jika sebelum ini kami berdua akan kepenatan sehingga ada masa ingin mengalah dan ponteng sesi rawatan. Kini tidak lagi selepas hampir tiga tahun kami menggunakan kemudahan yang ada di RMH,” katanya.
Menurutnya, RMH seperti rumah kedua mereka malah jika cuti sekolah Nur Haniza akan membawa dua lagi anaknya berusia 10 dan 12 tahun tinggal bersama di sini kerana bilik yang disediakan sangat selesa, luas, bersih serta cukup untuk keluarga mereka.
Ujarnya, di sini juga mempunyai banyak kemudahan lain seperti ruangan permainan, tempatnya selamat dan pelbagai jenis makanan enak yang diberikan secara percuma hasil sumbangan orang ramai serta RMH sendiri.
Begitu juga bagi Rosmawati Muhammad Salleh, 43, dari Jerteh, Terengganu turut menikmati kemu dahan yang ada di RMH apabila perlu bermalam hampir seminggu setiap kali mendapatkan rawatan anakya, Muhammad Fayat Iman Kamarul berusia empat tahun.
Ibu kepada lima orang anak itu memberitahu, anak bongsunya meng hidap Mobius Poland Syndrome, iaitu penyakit nadir yang menjejaskan perkembangan otot dan saraf.
Beliau berkata, jika sebelum ini suaminya bekerja sebagai pemandu lori perlu berulang alik sehingga terpaksa mengambil cuti untuk menghantar mereka ke HPUSM.
“Dengan adanya kemudahan RMH, saya dan Muhammad Fayat Iman hanya perlu bermalam di sini sehingga selesai rawatan yang akan mengambil masa beberapa hari.
“Saya tidak perlu mengeluarkan kos penginapan, makanan dan hanya berjalan kaki sahaja ke tempat rawatan, malah suami tidak perlu mengambil cuti kerja. Di sini juga terasa selamat serta ramai kawan yang boleh berbual dan bertukar-tukar pandangan. Terima kasih RMH dan orang ramai yang menyumbang di sini,” katanya.
1,000 keluarga nikmati kemudahan RMH
RMH merupakan salah satu daripada empat program teras di bawah Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia), yang komited untuk membantu meningkatkan kesejahteraan, kesihatan dan pendidikan kanak-kanak di seluruh negara.
Sebagai salah satu daripada empat RMH di Malaysia, RMH HPUSM ber peranan penting menyediakan pengi napan sementara kepada keluarga pesakit pediatrik, khususnya dari Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menempuh perjalanan jauh untuk menemani anak mereka bagi men dapatkan rawatan.
Pengurus Besar RMHC Malaysia, Mohd Nasri Mohd Nordin berkata, RMH HPUSM di sini menjadi tempat untuk hampir 1,000 keluarga setiap tahun mendapatkan sumber kekuatan dan sokongan emosi dari keluarga lain yang turut menginap di penginapan te sebut bagi menemani anak mereka mendapatkan rawatan.
“Rumah ini telah memberi manfaat kepada lebih 5,000 keluarga sejak pembukaannya pada 23 Jun 2019.
“Ia bukan sekadar tempat pe nginapan, ia adalah ruang untuk keluarga merasa lega keluar dari suasana hos pital, berkongsi pengalaman bersama keluarga yang lain sambil menumpukan sepenuh perhatian kepada proses penyembuhan anak-anak mereka.
“Dengan kemudahan 18 bilik tidur untuk sekeluarga, dapur dan ruang makan yang luas, bilik dobi, surau, serta taman permainan, rumah ini mem bolehkan ibu bapa menjaga anak dengan lebih tenang tanpa dibebani kos penginapan atau perjalanan jauh,” katanya.
Menurut beliau, RMH itu adalah lebih daripada sebuah rumah penginapan di mana ia adalah tempat keluarga pesakit boleh menarik nafas lega, bersatu dalam doa dan kasih sayang, sambil memberi semangat kepada anak-anak mereka untuk terus kuat menjalani rawatan.
Ujarnya, kewujudan rumah ini sangat penting, khususnya untuk keluarga dari Wilayah Pantai Timur yang perlu menempuh perjalanan yang jauh demi anak tersayang.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Klinikal HPUSM, Prof Dr Zaidi Zakaria memberitahu, pihaknya menerima baik inisiatif yang dilaksanakan oleh RMHC Malaysia.
“Kehadiran keluarga di sisi anak yang sedang dirawat memberi kesan besar kepada pemulihan mereka. RMH bukan sahaja memudahkan logistik pengi napan, tetapi juga menyokong ke sejahteraan emosi keluarga dan anak, yang secara langsung menyumbang kepada proses penyembuhan yang lebih holistik.
“Di sebalik setiap perjuangan anak yang menerima rawatan, tersimpan cerita ketabahan dan pengorbanan keluarga,” katanya.
Menurut beliau, RMH menjadi tempat mereka mengumpul semula tenaga, bernafas seketika, dan terus berjuang bersama insan tersayang.
Tambahnya, ia memastikan mereka tidak keseorangan dalam perjalanan yang penuh dugaan ini.