Media sosial: Remaja disekat, akaun scam bermaharajalela?

Iklan
Adakah lesen dan peraturan di media sosial ini benar-benar untuk keselamatan pengguna atau sekadar memberi kuasa menyekat kandungan yang tidak disukai? Foto hiasan

KERAJAAN sasar 2026, remaja bawah 16 tahun tidak dibenarkan buka akaun media sosial. Alasannya mahu lindungi mereka daripada penipuan, buli siber, penyalahgunaan.

Selepas insiden pelajar tikam pelajar di sekolah baru- baru ini, Merak Jalanan sokong inisiatif ini.

Iklan
Iklan

Lebih-lebih lagi kalau betul media sosial turut jadi punca seperti diperkatakan.

Cuma Merak Jalanan nak sebut. Sebelum ini pada awal 2025 semua platform media sosial dan aplikasi pesanan diwajibkan mohon lesen.

Iklan

Tujuannya untuk kawal kandungan hasad dan scam.

Tapi kalau tengok angka, realitinya jauh lagi nak capai. Sehingga September, 47,854 kes penipuan dalam talian dilaporkan. Nilai kerugian melebihi RM1.919 bilion.

Iklan

Jumlah itu naik lebih 12,000 kes berbanding 2024, dedah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Oktober lalu.

Jika lesen dan kawal selia benar-benar berkesan, kenapa scammer semakin mengganas?

Kebimbangan rakyat mudah difahami. Murid bawah 16 tahun mahu buka akaun perlu semak IC dan eKYC. Tetapi scammer? Mereka masih bebas membuka 10 - 20 akaun palsu, memalsukan identiti dan melancarkan modus pelaburan tipu tanpa rasa gentar.

Sebab itu Merak Jalanan mahu bertanya, adakah lesen dan peraturan di media sosial ini benar-benar untuk keselamatan pengguna atau sekadar memberi kuasa menyekat kandungan yang tidak disukai?

Jika selepas lesen diwajibkan, penipuan terus meningkat, apakah silap pada dasar atau penguatkuasaan?

Niat melindungi belia tidak salah. Tetapi apabila scammer makin berleluasa sementara kebebasan bersuara terasa semakin sempit, barangkali kita sedang menumpukan perhatian pada yang salah.