4 maut, 10 cedera insiden tembakan ketika sambutan hari jadi kanak-kanak

Iklan
Sekurang-kurangnya empat orang maut manakala 10 lagi cedera dalam insiden tembakan.

SAN FRANCISCO - Sekurang-kurangnya empat orang maut manakala 10 lagi cedera dalam insiden tembakan pada Sabtu di utara California, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa.

Kejadian berlaku sekitar 6 petang waktu Pasifik (0200 GMT Ahad) dan mangsa termasuk remaja serta dewasa, kata jurucakap Pejabat Syerif Daerah San Joaquin, Heather Brent pada satu taklimat.

Iklan
Iklan

Suspek dilaporkan masih bebas dan tiada tangkapan dibuat setakat ini, kata Brent.

"Petunjuk awal menunjukkan insiden ini mungkin disasarkan dan penyiasat sedang meneliti semua kemungkinan," menurut pejabat itu dalam satu hantaran Facebook.

Iklan

Kejadian tembakan berlaku di sebuah kedai ais krim ketika sambutan hari lahir seorang kanak-kanak, menurut Naib Datuk Bandar Stockton, Jason Lee.

Pihak berkuasa masih belum mendedahkan maklumat mengenai suspek atau motif kejadian.

Iklan

Gabenor California, Gavin Newsom telah dimaklumkan mengenai kejadian itu. - Bernama