Serangan dron lumpuhkan operasi medan gas utama Iraq

Iklan
Medan gas Khor Mor merupakan antara kemudahan tenaga utama di wilayah Kurdistan. - Foto: Agensi

BAGHDAD – Operasi pengeluaran gas di medan gas Khor Mor, Iraq, antara kawasan pengeluaran gas terbesar di wilayah Kurdistan, digantung pada Ahad selepas kemudahan itu menjadi sasaran serangan dron.

Dua sumber keselamatan memaklumkan serangan berkenaan menyebabkan operasi pengeluaran di medan gas itu dihentikan.

Iklan
Iklan

Menurut mereka, kepulan asap dilihat menjulang dari kawasan kemudahan berkenaan sejurus serangan berlaku.

Seorang jurutera yang bertugas di medan gas itu berkata, sebuah kemudahan penyimpanan gas turut terkena serangan berkenaan.

Iklan

Susulan kejadian itu, semua kakitangan yang bertugas diarahkan berlindung di kawasan perlindungan yang disediakan bagi mengelakkan risiko serangan susulan.

Medan gas Khor Mor merupakan antara kemudahan tenaga utama di wilayah Kurdistan dan berperanan membekalkan gas bagi menjana bekalan elektrik untuk kawasan berkenaan serta wilayah sekitarnya.

Iklan

Penggantungan operasi itu sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap kesinambungan bekalan tenaga di rantau berkenaan.

Laporan berhubung kejadian itu disediakan Ahmed Rasheed, dengan penulisan oleh Menna Alaa El-Din serta disunting Chris Reese dan Nia Williams. - Agensi