36 kanak-kanak GISBH bawah JKM Perak masih bersekolah

Iklan
Salbiah semasa menjawab soalan Muhammad Faisal Abdul Rahman (PN-Trong) dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Khamis.

IPOH – Seramai 36 kanak-kanak berkaitan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang berada di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak masih bersekolah dan menerima pemantauan berkala bagi memastikan kebajikan mereka terjamin.

Perkara itu dijelaskan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Salbiah Mohamed ketika menjawab soalan tambahan Muhammad Faisal Abdul Rahman (PN-Trong) dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini pada Khamis.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, JKM komited memastikan semua kanak-kanak di bawah tanggungjawab kerajaan negeri tidak tercicir dalam pendidikan, termasuk kumpulan yang dikaitkan dengan GISBH.

"Kes kanak-kanak GISBH masih di bawah seliaan pegawai pelindung JKM dan mereka bersekolah. Selain lawatan susulan ke rumah secara berkala, JKM turut mengadakan sesi seliaan bersama ibu bapa atau penjaga.

Iklan

“Daripada rekod, 36 orang sedang bersekolah, empat telah melebihi 18 tahun, manakala 13 lagi berusia enam tahun ke bawah. Kita cuba sehabis baik memastikan tidak berlaku keciciran," katanya.

Salbiah turut menjelaskan bahawa semua kanak-kanak yang ditempatkan di institusi JKM Perak adalah melalui perintah mahkamah di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Iklan

Katanya, penempatan dilakukan apabila mereka dikenal pasti perlu dilindungi kerana menjadi mangsa pengabaian, penderaan, eksploitasi dan tinggal dalam persekitaran tidak selamat atau tiada penjaga yang layak.

"Ingin saya tegaskan, institusi JKM bukanlah tempat hukuman, tetapi ruang perlindungan, pemulihan dan pembangunan menyeluruh untuk memberi peluang baharu kepada mereka,” katanya.