Lebih 25,000 mangsa banjir di tujuh negeri, Kelantan paling tinggi

Iklan
Seorang penduduk meredah banjir dari kediamannya menuju pusat pemindahan sementara (PPS) di Kampung Rawai, Marang. Foto Bernama

 

SHAH ALAM - Mangsa banjir di tujuh negeri bertambah kepada 3,084 menjadikan jumlah terkini seramai 25,243 orang setakat jam 2.04 petang ini.

Iklan
Iklan

Berdasarkan maklumat di laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) lapan negeri yang sebelum ini di laporkan terjejas banjir kini menurun kepada tujuh negeri iaitu Selangor, Terengganu, Kedah, Perlis, Kelantan, Perak dan Pahang.

Sebanyak 197 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka membabitkan 8,881 keluarga dengan negeri Kelantan merekodkan mangsa tertinggi iaitu 10,414 melibatkan 3,980 keluarga ditempatkan di 63 PPS di sembilan daerah terjejas.

Iklan

Daerah yang terjejas iaitu Tumpat, Kota Bahru, Bachok, Pasir Puteh, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, Gua Musang dan Pasir Mas.

Seterusnya Perak mencatatkan 4, 617 mangsa dengan 1,498 keluarga terjejas di lapan daerah iaitu Bagan Datuk, Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak, Larut, Matang dan Selama, Muallim, Kuala Kangsar serta Batang Padang yang kini ditempatkan di 45 PSS.

Iklan

Kedah pula merekodkan 3,534 mangsa membabitkan 1,304 keluarga di tiga daerah di Kota Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena dengan 20 PPS dibuka setakat ini.

Dalam pada itu, di Terengganu sebanyak 32 PPS dibuka membabitkan 2,298 mangsa dengan 741 keluarga ditempatkan selepas enam daerah terjejas di Marang, Kuala Terengganu, Setiu, Besut, Dungun, Hulu Terengganu.

Sementara itu di Selangor seramai 2,299 mangsa direkodkan membabitkan 585 mangsa ditempatakan di 21 PSS susulan tujuh daerah terjejas banjir di Kuala Selangor, Klang, Sabak Bernam, Shah Alam, Hulu Langat, Sepang dan Hulu Selangor.

Perlis mencatatkan 2,062 mangsa membabitkan 765 keluarga di tiga daerah iaitu Kangar, Padang Besar dan Arau yang terjajas dan telah ditempatkan di 15 PSS.

Selain itu seramai 19 mangsa direkodkan di Pahang yang hanya melibatkan satu daerah yang terjejas iaitu Lipis membabitkan lapan keluarga.