GHF tamat operasi agihan bantuan di Genting Gaza

Iklan
Ratusan penduduk Palestin ditembak mati dengan sengaja ketika cuba mendapatkan bantuan di pusat agihan tersebut. Foto AFP

GENTING GAZA - Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF) yang disokong Amerika Syarikat (AS) dan sekutu kuatnya, Israel menamatkan operasi agihan bantuan di Genting Gaza selepas berdepan kritikan banyak pihak selepas ratusan pencari bantuan terbunuh di hab berkenaan.

Agensi bantuan kontroversi itu mengumumkan penamatan usaha mereka yang turut dipersoalkan banyak pihak, beberapa minggu selepas menggantung operasi susulan pelaksanaan gencatan senjata pada 10 Oktober lalu.

Iklan
Iklan

"Pusat penyelarasan multinasional di Israel yang menyelia rancangan Presiden, Donald Trump untuk menamatkan perang di Gaza akan mengguna pakai dan mengembangkan model yang telah dirintis oleh GHF.

"Misi kami telah berjaya," kata Pengarah Eksekutifnya, John Acree sambil menambah agensi itu hanya berfungsi sebagai 'inisiatif kecemasan sementara'.

Iklan

GHF yang melangkaui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mula mengagihkan bantuan, kira-kira tiga bulan selepas Israel mengenakan sekatan ke atas penghantaran bekalan bantuan ke Gaza hingga menyebabkan krisis kebuluran meruncing di wilayah tersebut.

Ia mendakwa telah mengagihkan kira-kira 187 juta bantuan makanan kepada penduduk Palestin selama tempoh hampir enam bulan, namun angka itu tidak dapat disahkan.

Iklan

Hamas dalam satu kenyataan bagaimanapun menyambut baik penutupan operasi agensi tersebut dan menggesa mahkamah antarabangsa supaya menghukum pelaku bertanggungjawab yang menzalimi penduduk Palestin. - AFP