Guru di Paris parah ditikam pelajar di sekolah

Iklan
Guru ditikam pelajar di sekolah selatan Perancis

PARIS - Seorang guru di Perancis cedera parah selepas ditikam oleh seorang pelajar dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Sanary-sur-Mer, selatan Perancis.

Menteri Pendidikan Perancis, Edouard Geffray, menerusi satu hantaran di platform X memaklumkan beliau segera menuju ke sekolah berkenaan sejurus dimaklumkan mengenai insiden tersebut.

Iklan
Iklan

Menurut laporan RTL yang memetik Pejabat Pendakwa Raya Toulon, mangsa merupakan seorang guru seni berusia 60 tahun yang ditikam beberapa kali oleh seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun.

Difahamkan kejadian itu berlaku ketika sesi pembelajaran sedang berlangsung.

Iklan

Suspek telah ditahan oleh pihak polis, manakala guru berkenaan yang berada dalam keadaan kritikal telah dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Sementara itu, saluran berita BFMTV melaporkan bahawa Pendakwa Raya Var mengesahkan tiada unsur keagamaan atau politik dikenal pasti sebagai punca serangan tersebut.

Iklan

Motif kejadian masih dalam siasatan.