Peluru tinggalan Perang Dunia Pertama dalam dubur lelaki

Iklan
Penemuan menggemparkan itu memaksa unit pemusnah bom dikerahkan ke kemudahan perubatan tersebut. Foto Agensi

TOULOUSE - Sebuah hospital terpaksa melakukan pemindahan segera selepas seorang pesakit lelaki tiba di wad kecemasan dengan peluru artileri tinggalan Perang Dunia Pertama berada dalam saluran dubur.

Kejadian itu berlaku selepas individu berusia 24 tahun itu dikejarkan ke Unit Kemalangan dan Kecemasan di Toulouse, Perancis pada akhir minggu lalu.

Iklan
Iklan

"Dia berada dalam keadaan tidak selesa selepas memasukkan objek besar tersebut ke dalam rektum," menurut laporan rangkaian media tempatan.

Doktor yang melakukan pembedahan kecemasan kemudiannya menemui punca kesakitan melampau dialaminya iaitu bom hidup dipercayai berasal dari tahun 1918 berukuran kira-kira 20 sentimeter.

Iklan

Penemuan menggemparkan itu memaksa unit pemusnah bom dikerahkan ke kemudahan perubatan tersebut.

Siasatan awal mendapati insiden itu mungkin berlaku kerana aksi melampau ketika menghadiri parti.

Iklan

Pesakit tersebut akan disiasat pihak berkuasa selepas pendakwa raya mempertimbangkan tindakan undang-undang ke atasnya kerana 'bermain' dengan peluru kategori A yang biasanya digunakan tentera Jerman ketika menentang pasukan British dan Perancis di seluruh Barisan Barat antara 1914 dan 1918. - Agensi