Hujan lebat, angin kencang landa Johor, Sabah, Labuan

Iklan
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Johor, Sabah, dan Labuan sehingga 12 tengah hari pada Selasa. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Johor, Sabah dan Labuan sehingga 12 tengah hari pada Selasa.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, di Johor ia melibatkan daerah Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Iklan
Iklan

Manakala di Sabah, kawasan terlibat ialah Pedalaman Kuala Penyu dan Beaufort, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat). - Bernama