Warga asing sorok dadah dalam pakaian dalam, gagal lepasi KLIA2

Iklan
Hussein menunjukkan antara suspek yang diberkas menerusi operasi dijalankan.

KUALA SELANGOR – Tindakan licik seorang lelaki warga asing menyeludup dadah dengan menyembunyikannya dalam pakaian dalam gagal apabila tindakannya itu dikesan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 20 November lalu.

Suspek berusia lingkungan 40-an itu dipercayai memasukkan dadah ke dalam kondom sebelum disorokkan di bahagian sulit tubuh dan dimasukkan ke dalam pakaian dalam.

Iklan
Iklan

Namun, taktik tersebut gagal mengaburi pihak berkuasa apabila anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA yang melakukan pemantauan mengesyaki pergerakannya di kawasan Gateway, aras tiga balai pelepasan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pemeriksaan fizikal terhadap suspek membawa kepada penemuan 22 ketulan dan dua botol heroin seberat 400 gram serta dua bungkus plastik methamphetamine seberat tujuh gram.

Iklan

Beliau berkata, susulan penahanan suspek pertama, polis melancarkan serbuan di sebuah apartmen di Bukit Jalil.

“Empat lagi individu berjaya ditahan, terdiri daripada seorang lelaki tempatan, dua lelaki warga asing dan seorang wanita warga asing.

Iklan

Hussein menunjukkan antara suspek yang diberkas menerusi operasi dijalankan.

“Siasatan mendapati suspek kedua berperanan sebagai koordinator sindiket; suspek pertama, ketiga dan kelima sebagai rakan sekutu, manakala suspek keempat dipercayai menjadi transporter,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor pada Isnin.

Hussein berkata, jumlah keseluruhan dadah yang dirampas ialah 407 gram dengan nilai dianggarkan RM38,000.

Katanya, sindiket tersebut dipercayai aktif sejak hujung Disember 2024 dengan modus operandi menyembunyikan dadah pada tubuh badan untuk diseludup keluar negara.

Tambah beliau, hasil ujian saringan awal mendapati kesemua suspek berusia 40 hingga 50 tahun positif methamphetamine dan amphetamine.