Lelaki cekik warga emas hingga maut gara-gara sering didesak berkahwin

Iklan
Seorang lelaki mencekik wanita berusia 60 tahun hingga mati kerana sering didesak untuk berkahwin. Gambar hiasan

Hathras - Seorang lelaki yang didakwa mencekik wanita berusia 60 tahun hingga mati kerana sering didesak untuk berkahwin telah ditahan pada Ahad.

Menurut polis, mayat seorang wanita tidak dikenal pasti ditemui pada 14 November berhampiran tepi jalan di persimpangan tiga Nagla Bhus di kawasan Chandpa, daerah Hathras, Uttar Pradesh.

Iklan
Iklan

Susulan itu, 10 pasukan dibentuk untuk mengenal pasti wanita tersebut dan menjejaki suspek.

Wanita itu kemudian dikenal pasti sebagai Joshina, 60.

Iklan

Selepas meneliti rakaman daripada kira-kira 1,000 kamera litar tertutup (CCTV) di lima daerah, polis berjaya menjejaki suspek Imran, 45, penduduk Tajganj di Agra.

Imran ditahan berhampiran jambatan Hatisa di Hathras pada Ahad dan telefon milik mangsa turut ditemui.

Iklan

Superintenden Polis, Chiranjeev Nath Sinha berkata, suspek sebelum ini membantu menguruskan perkahwinan anak perempuan Joshina, Mumtaz, dengan Sattar, seorang penduduk Agra.

Memandangkan keluarga mentua Imran tinggal berhampiran rumah Joshina di Bengal Barat, mereka sering bertemu dan dipercayai mula berhubungan rapat.

Pegawai itu berkata, Joshina tiba dari Kolkata untuk menghadiri majlis perkahwinan cucunya pada 10 November dan telah melawat rumah Imran serta didakwa mendesak Imran supaya berkahwin.

Namun Imran menolak kerana dia sudah mempunyai isteri dan anak.

Semasa disoal siasat, Imran memberitahu polis bahawa dia keluar bersama Joshina pada 13 November dengan alasan mahu menghantarnya pulang ke Kolkata.

Bagaimanapun, mereka menaiki bas menuju ke Agra dan kemudian turun di persimpangan Nagla Bhus di Hathras.

Polis berkata, Imran mengaku mencederakan dan menyebabkan kematian Joshina di lokasi itu untuk 'melepaskan diri daripadanya' dan cuba membuatnya kelihatan seperti jenayah dilakukan oleh orang lain dengan mengoyak pakaian mangsa sebelum melarikan diri.