ROM - Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila seorang lelaki gelandangan cuba menculik anak mereka yang berusia 18 bulan di sebuah pasar raya di utara Itali.
Menurut laporan akhbar The Sun UK, kejadian berlaku di bandar Bergamo, wilayah Lombardy, baru-baru ini.
Iklan
Iklan
Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan lelaki terbabit memasuki pasar raya sebelum tiba-tiba menarik bayi perempuan itu di hadapan ibu bapanya yang baharu selesai membeli-belah.
Cubaan penculikan itu berlaku ketika keluarga berkenaan berjalan keluar dari pasar raya melalui pintu automatik.
Orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut bergegas membantu bagi menyelamatkan mangsa.
Mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut, namun dilaporkan mengalami keretakan tulang paha.
Suspek yang merupakan warga Romania itu diberkas dan dibawa ke balai polis berhampiran untuk disoal siasat. Motif cubaan penculikan tersebut masih belum dikenal pasti.