Tujuh daerah di Songkhla diisytihar zon bencana, hospital di Pattani digenangi banjir

Iklan
Pesakit sebuah hospital di Pattani dipindahkan ke fasiliti kesihatan berhampiran.

BANGKOK - Tujuh daerah di wilayah Songkhla, selatan Thailand, diisytiharkan sebagai zon bencana kecemasan selepas hujan lebat berterusan sejak 19 November menyebabkan banjir besar yang menjejaskan hampir 18,000 isi rumah.

Menurut laporan Bangkok Post, daerah terlibat ialah Rattaphum, Muang Songkhla, Khlong Hoi Khong, Ranot, Krasae Sin, Sathing Phra dan Hat Yai.

Iklan
Iklan

Pihak berkuasa tempatan kini giat menjalankan operasi pemindahan dan bantuan kecemasan, termasuk penggunaan bot getah untuk menyelamatkan penduduk yang terperangkap.

Sementara itu, sebuah hospital di wilayah Pattani dilapor digenangi banjir akibat limpahan air sungai ke kawasan bandar.

Iklan

Operasi perubatan terpaksa dihentikan sementara dan pesakit dipindahkan ke fasiliti kesihatan berhampiran.

Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana (DDPM) Thailand memaklumkan bahawa banjir turut melanda lapan wilayah di selatan negara itu, termasuk Nakhon Si Thammarat, Surat Thani, Trang dan Phatthalung, melibatkan lebih 124,000 isi rumah dan hampir 360,000 penduduk.

Iklan

Tiada kematian dilaporkan setakat ini, namun pihak berkuasa memberi amaran bahawa hujan lebat dijangka berterusan sehingga 23 November, dengan amaran tahap maksimum telah dikeluarkan di beberapa kawasan berisiko tinggi. - Awani