Puteri Diana 'kembali' ke Paris dengan revenge dress

Iklan
Puteri Diana ‘muncul semula’ pada Khamis di Muzium Grevin, Paris sebagai patung lilin bersaiz sebenar lengkap dengan mengenakan busana revenge dress. - Foto AFP

PARIS - Lebih 28 tahun selepas kematiannya di ibu kota Perancis, Puteri Diana ‘muncul semula’ pada Khamis di Muzium Grevin, Paris sebagai patung lilin bersaiz sebenar lengkap dengan mengenakan antara busana paling ikoniknya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

'People’s Princess' itu digambarkan memakai gaun koktel hitam yang dikenali sebagai revenge dress bersama beg tangan kecil, kasut tumit tinggi dan kalung mutiara seperti yang dipakainya ketika itu.

Iklan
Iklan

Diana memilih pakaian itu untuk majlis makan malam kutipan dana di London pada Jun 1994.

Sehari sebelumnya dalam satu temu bual televisyen yang mendapat perhatian meluas, Putera Charles mengakui berlaku curang sekali gus menjadikan gaun itu simbol detik penentangan dalam institusi diraja.

Iklan

Puteri Diana ‘muncul semula’ pada Khamis di Muzium Grevin, Paris sebagai patung lilin bersaiz sebenar lengkap dengan mengenakan busana revenge dress. - Foto AFP

"Dengan warna, potongan berani dan bahagian atas gaun yang terdedah, ‘revenge dress’ menentang protokol diraja,” menurut muzium lilin popular yang diasaskan pada 1882 itu dalam satu kenyataan.

Iklan

Muzium Grévin menjelaskan, Puteri Diana kekal sebagai ikon budaya pop global, diraikan kerana gaya, sifat penyayang dan keteguhan pendiriannya.

Puteri Diana meninggal dunia di Paris pada 31 Ogos 1997 ketika berusia 36 tahun selepas kereta yang dinaikinya melanggar tiang dalam sebuah terowong ketika dikejar paparazi.

Pemergiannya mencetuskan gelombang kesedihan besar di Britain dan seluruh dunia.

Di Muzium Grevin, patung Diana akan dipamerkan bersama tokoh terkenal lain, termasuk Marie-Antoinette, Beyoncé, Elton John, Albert Einstein dan Nelson Mandela. - Bernama-dpa