Penduduk Kabupaten Bondowoso sudah berpuasa pada Selasa

Iklan
Penduduk di Kecamatan Maesan juga sudah mula bertadarus al-Quran. - Foto Agensi

BONDOWOSO - Sejumlah penduduk di Kabupaten Bondowoso, Jawa Timur di Indonesia sudah mula berpuasa pada Selasa.

Komuniti itu merupakan jemaah dan alumni Pondok Pesantren Mahfilud Duror.

Iklan
Iklan

Salah seorang daripada mereka dikenali sebagai Ustaz Hilmi di Kecamatan Maesab yang menjelaskan sudah mengerjakan solat tarawih pada malam Isnin.

"Kami sekeluarga bersama alumni Mahfilud Duror di wilayah selatan Kecamatan Maesan sudah pun mula menjalani ibadah puasa," katanya.

Iklan

Menurutnya, penentuan 1 Ramadan oleh jemaah berkenaan tidak menggunakan kaedah rukyah dan hisab.

"Kami menggunakan sistem disebut khumasi. Ia bermakna pengiraan yang dibuat adalah berdasarkan perbezaan lima hari daripada permulaan Ramadan pada tahun sebelumnya. Kami juga sudah dapat tentukan tarikh berpuasa pada tahun depan. Perbezaan ini tidak menimbulkan sebarang masalah kepada komuniti lain malah mereka menghormatinya," ujarnya.

Iklan

Tambahnya, tradisi tersebut merujuk kepada kitab Nushatul Majaalis karya Syekh Abdurrahman As Shufuri As Syafi’i.

Kaedah penentuan 1 Ramadan itu telah dijalankan selama kira-kira 195 tahun dan sistem khumasi menetapkan tempoh berpuasa ialah genap iaitu selama 30 hari.

Oleh sebab itu, jemaah Mahfilud Duror biasanya meraikan ketibaan 1 Syawal lebih awal berbanding diumumkan pemerintah. - Agensi