Senjata canggih China bantu Pakistan tewaskan India

Iklan
Jet pejuang J-10C Tentera Udara Pakistan. -Agensi

WASHINGTON – Laporan yang dikemukakan kepada Kongres Amerika Syarikat menyatakan bahawa Pakistan mencatat 'kejayaan ketenteraan ke atas India' sepanjang konflik empat hari pada Mei lalu.

Ia termasuk kejayaan menumpaskan beberapa pesawat pejuang India, termasuk Rafale buatan Perancis menggunakan senjata yang dibekalkan China.

Iklan
Iklan

Menurut laporan Suruhanjaya Kajian Ekonomi dan Keselamatan AS-China yang meneliti hal ehwal keselamatan dan hubungan luar negara, Islamabad menggunakan sistem persenjataan canggih China buat pertama kali dalam pertempuran aktif.

Antaranya sistem pertahanan udara HQ-9, peluru berpandu udara-ke-udara PL-15 dan pesawat pejuang J-10C.

Iklan

Konflik itu tercetus apabila India melancarkan serangan ke atas wilayah Pakistan selepas insiden serangan berdarah di Pahalgam, wilayah Jammu dan Kashmir yang diduduki secara oleh India mengorbankan 26 nyawa.

Laporan tersebut menekankan bahawa kedua-dua negara menyerang sasaran lebih dalam di wilayah masing-masing 'daripada mana-mana titik dalam 50 tahun terakhir', sekali gus menandakan ketegangan ketenteraan paling tinggi antara Islamabad dan New Delhi dalam tempoh lima dekad.

Iklan

Sebagai tindak balas, Pakistan melancarkan operasi balas berskala besar dinamakan 'Operation Bunyan-um-Marsoos', menyasarkan lebih 20 lokasi ketenteraan India merentasi beberapa wilayah.

Tentera Udara Pakistan juga menggunakan pesawat JF-17 Thunder untuk memusnahkan sistem pertahanan udara S-400 India di Adampur dengan menggunakan peluru berpandu hipersonik.

Laporan berkenaan turut menyebut kejayaan Pakistan menumpaskan pesawat Rafale dan pejuang lain menjadi 'titik jualan' bagi usaha penjualan persenjataan China.

Pada Jun lalu, China menawarkan 40 pesawat pejuang generasi kelima J-35, pesawat pengawasan KJ-500 dan sistem pertahanan peluru berpandu balistik kepada Pakistan.

Konflik maut itu berakhir pada 10 Mei lalu selepas persetujuan gencatan senjata yang dirundingkan oleh Amerika Syarikat.

Laporan itu menyorot kepentingan kerjasama ketenteraan Islamabad dengan Beijing yang telah meningkatkan keupayaan ketenteraan Pakistan dalam menghadapi India.

Laporan sama turut menegaskan, penggunaan senjata moden China dalam peperangan sebenar menandakan titik penting dalam strategi pertahanan serantau. - Agensi