Sah segera dakwaan Rom belajar buat kapal daripada Melayu

Iklan
Dakwaan bahawa tamadun Rom kuno mungkin mempelajari teknik pembinaan kapal daripada Apelaut Melayu telah mencetuskan polemik yang melangkaui sempadan akademik. Foto hiasan

DAKWAAN bahawa tamadun Rom kuno mungkin mempelajari teknik pembinaan kapal daripada Apelaut Melayu telah mencetuskan polemik yang melangkaui sempadan akademik.

Kenyataan oleh Profesor Dr Solehah Yaacob dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bukan sahaja mengundang perdebatan dalam kalangan sarjana dan masyarakat umum, malah isu itu turut dibangkitkan dalam sidang Dewan Rakyat.

Iklan
Iklan

Ini menunjukkan betapa sensitif dan rumitnya isu tersebut sehingga banyak pihak tampil bersuara dengan pandangan masing-masing.

Dalam kenyataan susulan, Solehah menjelaskan bahawa hipotesis beliau berpaksikan sumber Arab klasik yang menyatakan orang Rom memperoleh sebahagian seni pembinaan kapal daripada bangsa alam Melayu.

Iklan

Beliau menegaskan bahawa kecekapan orang Melayu dalam pelayaran dan pembinaan kapal menjadikan mereka antara penguasa lautan terawal dalam sejarah manusia.

Solehah yakin mendakwa tamadun Rom seperti banyak tamadun lain, mewarisi ilmu pelayaran daripada tamadun maritim yang lebih awal terutama dunia Melayu.

Iklan

Namun pakar sejarah teknologi Melayu, Profesor Emeritus Datuk Ir Dr Wan Ramli Wan Daud menyatakan bahawa tiada bukti arkeologi atau catatan sejarah yang menunjukkan tamadun Rom mempelajari teknik pembuatan kapal daripada orang Melayu.

Persamaan antara kaedah pembinaan kapal kedua-dua tamadun mungkin sekadar kebetulan dan bukan hasil pertukaran teknologi.

Pada masa sama, UIAM menubuhkan panel inkuiri dalaman untuk meneliti ujaran dibuat Solehah bagi menjalankan penelitian menyeluruh, bebas dan selaras dengan terma rujukan ditetapkan dalam menilai su berkaitan integriti akademik.

Walaupun menghormati kebebasan akademik, pihak universiti menegaskan bahawa setiap kenyataan perlu berpaksikan ketepatan fakta, tanggungjawab ilmiah dan selaras dengan kepiawaian bidang.

Polemik yang tercetus ini perlu dilihat sebagai peluang untuk memperkukuh budaya ilmu, bukan medan kecaman.

Sejarah maritim Melayu masih banyak ruang yang belum diteroka dan hipotesis seperti ini boleh mencetuskan perbincangan yang lebih luas jika dibentangkan secara bertanggungjawab.

Solehah wajar diberikan ruang untuk membuktikan hujahnya. Dakwaan luar biasa memerlukan bukti luar biasa dan proses itu mesti mengikut disiplin ilmu.