KUANTAN - Kerajaan Pahang melalui semua jabatan dan agensi telah bersiap siaga menghadapi Monsun Timur Laut bermula November ini sehingga Mac tahun hadapan.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kesiapsiagaan itu merangkumi langkah mitigasi risiko, penyelarasan operasi penyelamatan, aset logistik, penyenggaraan infrastruktur kritikal serta penyediaan pusat pemindahan sementara yang lebih tersusun.