KMF 2025 anjuran Khazanah Nasional tampilkan bakat berwibawa Malaysia

Iklan
Dari kanan: Annice Lyn, Teng Jian, Jafry Malin dan Louisa Shobhini menjadi panel sesi Malaysiana: Stories of Spectacular Malaysians di KMF 2025 yang diadakan di Kuala Lumpur, baru- baru ini.

KUALA LUMPUR - Di sebalik ketidaktentuan global, kekuatan Malaysia terserlah melalui kisah luar biasa rakyatnya. Semangat ini dizahirkan dalam sesi Malaysiana: Stories of Spectacular Malaysians di Khazanah Megatrends Forum 2025 (KMF 2025) anjuran Khazanah Nasional baru-baru ini, yang meraikan kehebatan insan dalam pelbagai bidang.

Melalui wawancara bersama Sinar Harian, tokoh seperti Profesor Dato’ Dr Jafri Malin Abdullah, Dr Khoo Teng Jian, Dr Louisa Shobhini Ponnampalam dan Annice Lyn berkongsi kisah dan pandangan yang memperlihatkan keupayaan serta kesungguhan mereka dalam membentuk masa depan Malaysia.

Iklan
Iklan

Sains otak bantu bina masyarakat berdaya tahan

Pemahaman terhadap sains otak penting bagi membentuk masyarakat lebih berdaya tahan mental dan emosi dalam dunia yang tidak menentu, kata Pakar Neurosains, Profesor Dato’ Dr Jafri Malin Abdullah.

Iklan

Beliau menjelaskan bahawa bidang ini membantu individu memahami fungsi otak ketika berdepan tekanan sekali gus mengawal emosi dan membuat keputusan dengan lebih rasional.

“Dengan memahami cara otak mengurus stres, melalui hormon dan sistem saraf tertentu, seseorang dapat belajar mengawal emosi, menenangkan diri serta membuat keputusan dengan lebih rasional walaupun dalam keadaan tertekan.

Iklan

“Ini amat penting dalam era yang digelar post-normal times yang mana fakta sering berubah dan keputusan perlu dibuat dengan cepat,” jelasnya.

Kini bertugas di Universiti Sains Malaysia (USM) di Kelantan, beliau menegaskan ilmu ini melahirkan pemimpin yang lebih sedar diri, empatik dan berfikiran strategik.

“Memahami sains otak bukan sekadar ilmu biologi, tetapi asas pembinaan masyarakat yang tenang, berfikiran terbuka dan tahan lasak, selaras aspirasi Malaysia untuk melahirkan rakyat berilmu serta berdaya saing,” ujarnya.

Mengenai potensi negara, beliau berpendapat Malaysia masih belum menerokai peluang di peringkat global dalam pembangunan alatan teknologi neuro untuk kesejahteraan mahupun rawatan penyakit otak, saraf dan deria.

“Malaysia berada pada kedudukan strategik untuk menjadi peneraju serantau dalam pembuatan alat neuro berpatutan, khususnya bagi pasaran Asia Tenggara.

“Kita mempunyai kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D), tenaga pakar perubatan, kejuruteraan berkualiti dan industri elektronik tempatan yang boleh disepadukan dengan inovasi kesihatan.

“Namun beberapa cabaran perlu diatasi seperti pembentukan piawaian peraturan bagi peranti neuro, pembinaan pangkalan data neuro tempatan dan latihan khusus untuk tenaga kerja baharu seperti neuro-engineer serta pakar etika data otak,” jelasnya.

Saintis muda Malaysia bukti mampu bersaing di pentas dunia

Kejayaan saintis muda Malaysia menyertai projek penyelidikan ber taraf dunia membuktikan kemampuan anak tempatan bersaing di peringkat antarabangsa.

Penyelidik fizik di Pertubuhan Penyelidikan Kajian Nuklear Eropah (CERN), Dr Khoo Teng Jian, terlibat dalam projek ATLAS Experiment, kolaborasi fizik zarah terbesar dunia dengan lebih 3,000 ahli. Beliau mengetuai beberapa pasukan, termasuk sebagai Trigger Coordinator yang mengurus operasi lebih 250 ahli fizik.

Menurutnya, pengalaman itu, serta sumbangan beberapa saintis Malaysia lain yang terlibat dalam ATLAS merupakan pencapaian besar.

“Saya tekankan kepentingan pe nyertaan aktif dalam aktiviti kolaborasi dan pelajaran, saya dicabar menerokai soalan penyelidikan yang tidak ada jawapan jelas dan membahaskan keputusan kajian bersama pelajar serta pengajar.

“Budaya kolaborasi ATLAS yang menyambut baik pandangan saintifik dari peserta muda amat penting selain membina hubungan baik dengan rakan dan mentor di seluruh dunia,” katanya.

Dr Khoo turut menegaskan keperluan penilaian serta pembiayaan penyelidikan yang adil dan konsisten, tanpa pengaruh trend politik atau populariti semasa.

“Sistem pendidikan juga perlu memupuk minat terhadap sains melalui kurikulum yang mencetus inspirasi dan pemikiran kritis agar lebih ramai pelajar berpotensi menceburi bidang penyelidikan,” ujarnya.

Pemuliharaan laut perlu dilihat sebagai bidang sains, bukan aktiviti sukarelawan Kekurangan kesedaran dan kefahaman masyarakat tentang kepentingan mamalia laut menjadi cabaran terbesar usaha memelihara ekosistem marin negara.

Pengarah Eksekutif dan Pengasas Bersama The MareCet Research Organization (MareCet), Dr Louisa Shobhini Raj berkata, mamalia laut memainkan peranan penting dalam mengawal rantaian makanan dan menjadi penunjuk tahap kesihatan laut.

“Mudah bagi orang memahami kepentingan kerjaya seperti doktor, peguam atau jurutera tetapi sukar untuk melihat bagaimana sains marin dan pemuliharaan juga penting, cuma dalam cara berbeza.

“Di MareCet, penyelidikan sain tifik menjadi asas kepada program pendidikan marin serta inisiatif ke sedaran. “Hasil penyelidikan digunakan untuk memaklumkan agensi kerajaan, me ningkatkan kesedaran isu-isu semasa yang kami perhatikan di lapangan dan memberi saranan langkah yang perlu diambil,” katanya.

Menyentuh perubahan iklim, Dr Louisa menegaskan keperluan anjakan paradigma dalam melihat pemuliharaan laut sebagai bidang sains yang penting, bukan sekadar aktiviti sukarelawan.

Beliau berpandangan, sudah tiba masanya Malaysia mempunyai dasar lautan yang sejajar dengan cabaran semasa dan memperkukuh undang undang perlindungan laut.

“Kerjasama antara sektor awam dan swasta perlu diperkukuh, termasuk pelaksanaan Dasar Kepelbagaian Biologi Negara di semua sektor serta me manfaatkan sumber dan kepakaran korporat untuk menyokong usaha ini,” ujarnya.

Empati dan etika tunjang utama penceritaan visual

Etika dan rasa hormat terhadap subjek yang dirakam perlu menjadi asas setiap karya fotografi, terutamanya apabila menyentuh kisah kemanusiaan.

Jurugambar dokumentari dan sukan, Annice Lyn berkata, jurugambar harus mengutamakan tanggungjawab sosial berbanding mengejar publisiti atau sensasi semata-mata.

“Setiap subjek dalam bingkai kamera perlu dilayan dengan hormat dan ma ruah.

“Dalam kes tragis melibatkan seorang pelajar baru-baru ini, komuniti fotojurnalis turut berempati terhadap keluarga mangsa dan ia mengingatkan kita supaya tidak menceroboh ruang peribadi atau menggunakan teknik yang mengganggu,” jelasnya.

Mengenai peranan fotografi di era media sosial, Annice berkata, niat di sebalik setiap rakaman lebih penting daripada kecepatan memuat naik gambar ke platform digital.

Untuk memastikan karya kekal bermakna dan autentik, jurugambar perlu jujur dalam rakaman, bukan sekadar mengatur suasana demi perhatian.

“Dengan menumpukan pada empati, ketepatan dan penceritaan yang murni, fotografi akan terus menjadi medium berkuasa untuk menginspirasikan perubahan sosial dan kemanusiaan,” tegasnya.

Kekuatan insan pemacu pembangunan berterusan negara

Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir berkata, kemajuan negara bukan hanya ber gantung pada pembangunan fizikal atau angka ekonomi, tetapi pada kekuatan insan yang berfikir, berbakti dan berinovasi demi tanah air.

“Modal insan ialah nadi kemajuan negara dan melalui KMF 2025, kami menampilkan tokoh-tokoh luar biasa yang sering tidak disebut tetapi sumbangan mereka membentuk masa depan Malaysia.

“Kisah mereka mencerminkan semangat Malaysia yang sentiasa bangkit, berdaya tahan dan ber pandangan jauh. Mengetengahkan dan menyokong bakat Malaysia menjadi sebahagian komitmen kami untuk Memajukan Malaysia (Advancing Malaysia) dan membina masa depan berasaskan ilmu, daya cipta dan kemajuan inklusif serta mampan,” kata Amirul Feisal.