Peruntukan lebih RM2 bilion perkukuh kesalinghubungan di Sabah - MCMC
Iklan
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada Selasa menegaskan bahawa lebih RM2 bilion peruntukan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi Sabah, merangkumi beberapa inisiatif utama yang sedang dan bakal dilaksanakan di negeri berkenaan.
Menurut MCMC, antara perkembangan utama ialah pelaksanaan Bandar Raya Pintar Kota Kinabalu, projek baharu bernilai lebih RM300 juta hasil kerjasama dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang dimeterai pada Disember 2024.
Iklan
Iklan
Inisiatif itu meliputi peluasan rangkaian gentian optik, penyediaan Wi-Fi awam, pemasangan smart poles berintegrasi 4G dan 5G serta sistem kamera litar tertutup (CCTV) pintar yang disambung terus ke pusat operasi bandar pintar.
"Bagi meluaskan lagi liputan di Sabah, pelaksanaan Jendela 2 akan ditambah dengan 800 lokasi baharu terutama di kawasan pedalaman dan pulau-pulau, dengan anggaran kos keseluruhan RM1.4 bilion," menurut kenyataan itu di sini pada Selasa.
Iklan
Menurut MCMC, peruntukan itu merangkumi kos pembangunan serta kos operasi bagi tempoh lima tahun dan inisiatif berkenaan dijangka memberi manfaat kepada 3.7 juta rakyat Sabah dan mencapai liputan 100 peratus di kawasan berpenduduk.
"Sehingga September 2025, sebanyak 131 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kini beroperasi di seluruh Sabah dengan jumlah kos operasi kira-kira RM210 juta untuk lima tahun," menurut kenyataan itu.
Iklan
MCMC memaklumkan NADI memastikan penduduk termasuk di kawasan pedalaman mempunyai peluang setara untuk menyertai ekonomi berasaskan pengetahuan melalui penyediaan ruang pembelajaran komuniti yang menawarkan akses Internet, latihan kemahiran, perkhidmatan dalam talian dan program literasi digital.
"Selain itu, kerajaan juga sedang melaksanakan projek Fiber-to-the-Home (FTTH) di Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di kem-kem ATM di Sabah yang menyediakan sambungan gentian optik terus ke rumah anggota tentera," menurut kenyataan itu.
MCMC memaklumkan sebanyak sembilan kem tentera di Sabah telah menerima manfaat inisiatif berkenaan melibatkan kira-kira 6,900 kediaman dengan kos sebanyak RM14.2 juta.
MCMC memaklumkan pihaknya kekal komited memastikan setiap usaha dilaksanakan diterjemahkan kepada peningkatan kualiti rangkaian, pengalaman pengguna keselamatan dalam talian serta pembangunan bandar pintar yang lebih inklusif untuk rakyat Sabah. - Bernama
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian,
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.