'Netanyahu akan ditangkap jika masuk New York'

Iklan
Benjamin Netanyahu.- Foto Agensi

NEW YORK– Datuk Bandar New York yang bakal mengangkat sumpah, Zohran Mamdani mengukuhkan pendiriannya untuk mengarahkan polis bandar itu menahan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu jika beliau memasuki bandar raya itu, selaras dengan waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap pemimpin tersebut.

Mamdani, 34, seorang sosialis Demokrat dan Datuk Bandar pertama beragama Islam serta berketurunan Asia Selatan, memenangi pilihan raya 2025 dengan 50.4 peratus undi.

Iklan
Iklan

Pendiriannya yang lantang mengenai Gaza menjadi antara tanda utama kempen beliau dan terus mencetuskan perhatian selepas kemenangan itu.

Beliau menegaskan, waran ICC perlu dihormati di New York, meskipun pakar undang-undang berkata, pihak berkuasa tempatan tidak mempunyai kuasa melaksanakan waran antarabangsa tanpa penglibatan kerajaan Persekutuan.

Iklan

Mamdani tetap mempertahankan janjinya dan menyifatkan ia sebagai pendirian moral terhadap serangan Israel di Gaza.

Netanyahu ketika ditanya sama ada beliau bimbang akan ditahan sekiranya melawat New York, beliau menjawab 'tidak sama sekali'.

Iklan

Beliau menyifatkan kenyataan Mamdani sebagai retorik politik dan menuduhnya tidak memahami isu ekonomi serta antisemitisme.

Perdana Menteri Israel itu juga memberi amaran bahawa dasar sosialis yang dibawa Mamdani boleh membawa New York ke arah kemerosotan ekonomi.

Netanyahu turut meramalkan masa depan yang 'suram' untuk bandar raya itu di bawah pentadbiran baharu tersebut. - Agensi