Karya seni unik

Iklan

Mohd Zuki Ramli, 28, memeriksa hasil kraf seekor semut yang diperbuat daripada sabut kelapa ketika ditemui Bernama di Kampung Kijang baru-baru ini. Daripada sepohon kelapa terbuang lahirlah karya seni unik yang kini menarik perhatian pelancong dari dalam dan luar negara.

Digelar ‘Zuki Tarzan’, memanfaatkan bahan semula jadi serta bahan terbuang seperti tempurung, sabut dan upih pinang sebagai komponen utama kraf tangannya, yang bukan sahaja memikat hati penduduk tempatan, malah turut dibeli pelancong dari Itali dan Jerman.

Iklan
Iklan

Bermula sebagai hobi tahun lalu untuk mengisi masa lapang, minat kini berkembang menjadi sumber pendapatan sampingan yang semakin mendapat permintaan.