PM dedah kartel besar seludup dadah sejak 20 tahun lalu

Iklan
Anwar menjawab soalan media pada majlis Sarapan Pagi dan Sembang Santai Pengamal Media Sabah pada Ahad. Foto Bernama

KOTA KINABALU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kewujudan kartel besar yang menyeludup dadah menggunakan kontena dari Pelabuhan Klang sejak 20 tahun lalu, namun tidak ada sebarang tindakan sehingga sekarang.

Beliau turut mempersoalkan tindakan daripada pihak berkuasa berhubung perkara itu kerana ia bukan isu kecil.

Iklan
Iklan

“Sekarang saya jadi Perdana Menteri, saya tunggu setahun tiada laporan (sedangkan) orang bercakap tentang perkara ini.

“Kemudian kontena itu masuk. Kontena dadah keluar daripada Pelabuhan Klang, ditangkap di Australia.

Iklan

"Itu saya mengamuk. Saya kata jangan cakap kepada saya, anda tak ada apa-apa tindakan," katanya pada sesi sarapan dan sembang santai bersama media Sabah di sini pada Ahad.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau tidak boleh bertolak ansur mengenai perkara itu dan kemudian mengambil beberapa langkah susulan.

Iklan

Beliau turut menemui ketua-ketua agensi setiap minggu dan bertemu dengan mereka selama satu jam bagi mengetahui perkembangan semasa.

“Satu contoh ialah Pelabuhan Klang. Rupanya ratusan kontena yang masuk seperti sisa e-waste. Jadi kita kata, serbu. Bagaimana, bila dan siapa? Itu kerja dia. Saya tak tahu.

"Ada juga kelakuan dan tindakan jenayah. Ada orang mati dibunuh oleh mereka," katanya.

Anwar dalam masa sama memuji agensi penguat kuasa di negara ini yang sudah mengambil tindakan untuk membanteras kegiatan itu.

"Sekarang, kita sudah ambil tindakan. Kita sudah rampas dan dakwa beberapa orang di mahkamah," katanya.