E-Invois: PKS perlu tingkat keupayaan digital untuk kekal berdaya saing

Iklan
Persidangan Wezmart Tax Budget 2026 & Digital telah dianjurkan baru-baru ini menghimpunkan lebih 1,000 usahawan dan profesional kewangan.

MENJELANG pelaksanaan penuh e-Invois serta peralihan Malaysia ke arah ekonomi berasaskan digital, satu Persidangan Wezmart Tax Budget 2026 & Digital telah dianjurkan baru-baru ini.

Persidangan yang menghimpunkan lebih 1,000 usahawan dan profesional kewangan itu menekankan keperluan mendesak bagi PKS meningkatkan keupayaan digital, pematuhan dan aplikasi Al untuk kekal berdaya saing pada tahun 2026.

Iklan
Iklan

Persidangan tersebut menggariskan perubahan ketara dalam landskap perniagaan apabila Bajet 2026 dan e-Invois mandatori mula membentuk semula cara organisasi mengurus pematuhan.

Wezmart dalam satu kenyataan berkata, tugas yang dahulunya dianggap bersifat pentadbiran kini berkembang menjadi pemacu strategik pertumbuhan.

Iklan

Teknologi digital seperti automasi, analitik dan sokongan keputusan berasaskan Al dikenal pasti sebagai asas penting bagi ketepatan kewangan, kecekapan operasi serta kelincahan pasaran.

"Para peserta turut menekankan peranan kritikal strategi berasaskan data, termasuk penggunaan pandangan pelanggan dan pelaporan masa nyata bagi meningkatkan keupayaan syarikat untuk berkembang serta membina keyakinan yang mampan di peringkat serantau," kata kenyataan itu pada Jumaat.

Iklan

Satu tema utama persidangan ialah bahawa kelangsungan perniagaan pada tahun 2026 bergantung kepada transformasi proaktif dan bukan sekadar penambahbaikan kecil.

"Kecekapan digital kini menjadi kelebihan kompetitif utama, dengan pelaporan diperkasa Al serta intelligence pasaran mengubah cara organisasi beroperasi dalam era pasca e-Invois," kata kenyataan itu lagi.

Pengukuhan pematuhan melalui aliran kerja digital, penggunaan Al untuk memperkukuh penjenamaan serta keputusan berteraskan data dianggap langkah kritikal untuk pengembangan yang mampan di peringkat ASEAN.

Sementara iru, Ketua Pegawai Eksekutif Wezmart Group, Yee Chee Mun, menegaskan perubahan ini dengan berkata, PKS perlu bermula secara kecil, bergerak pantas dan membina keupayaan untuk menyesuaikan diri.

Chee Mun

"Mereka yang mengukuhkan pematuhan menggunakan alat digital, memperbaharui penjenamaan melalui Al dan mengamalkan minda kemajuan akan bukan sahaja bertahan pada 2026, malah memimpinnya," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, perbincangan turut menonjolkan perkembangan pesat Malaysia ke arah pematuhan berasaskan Al, di mana automasi dan pelaporan pintar kini muncul sebagai tiang utama daya tahan perniagaan.

"Syarikat-syarikat digalakkan melihat e-Invois sebagai peluang strategik melalui penggunaan data intelligence untuk meningkatkan kesiapsiagaan audit, mengurangkan ralat dan mempertingkatkan ketepatan perancangan cukai," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, persidangan turut mempamerkan aplikasi Al praktikal dan panduan digital yang direka untuk meningkatkan keterlihatan, kelincahan dan mutu keputusan operasi.

Selain itu, kata kenyataan itu, prospek serantau turut diterokai, termasuk potensi pasaran ASEAN, laluan kemasukan bagi PKS serta kepentingan data pelanggan dalam memperhalusi penjenamaan, membina produk 'bestseller' dan memacu prestasi e-dagang.

"Persidangan diakhiri dengan seruan tegas agar PKS bertindak segera ketika Malaysia melangkah ke era pasca e-Invois. Pematuhan, penerapan Al dan strategi serantau yang jelas digariskan sebagai komponen penting daya saing menjelang 2026," katanya.

Para perniagaan digalakkan bukan sekadar menyedari keperluan transformasi, tetapi memulakannya melalui langkah-langkah praktikal bermula kecil, memperbaiki secara berterusan dan mengukuhkan proses digital serta berasaskan data yang mampu menukar kewajipan pematuhan menjadi kekuatan strategik.

PKS yang bertindak dari sekarang bakal mengukuhkan daya tahan, memperluas kehadiran pasaran dan memastikan kedudukan yang lebih kukuh dalam ekonomi digital Malaysia yang berkembang pantas.