Duda tak sempat zip seluar ketika dicekup berkhalwat
Iklan
Tangkap layar fb Penguatkuasa JAINJ 2025.
JOHOR BAHRU – Akibat terkejut dan cemas, seorang duda berusia dalam lingkungan 30-an didapati tidak sempat menzip seluarnya ketika dicekup berkhalwat di bilik hotel yang disewanya di Taman Desa Tebrau pada Khamis.
Menurut kenyataan Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) 2025, serbuan tersebut dibuat pada jam 1.30 pagi selepas menerima maklumat berhubung kegiatan mencurigakan di bilik berkenaan.
Iklan
Iklan
"Pihak berkuasa mengetuk pintu tidak sampai lima minit sebelum pintu dibuka lelaki terbabit yang ketika itu tidak berbaju, hanya memakai seluar jean dengan zip yang terbuka.
“Dia kelihatan terkejut, mungkin menyangka yang mengetuk pintu ialah pekerja hotel. Keadaan bilik juga gelap. Ketika pintu dibuka, penguat kuasa menegur lelaki itu kerana zip seluarnya dalam keadaan terbuka. Dia tersipu malu sebelum membetulkannya.
Iklan
"Sebaik lampu dinyalakan, seorang wanita yang juga berusia 30-an ditemui berbaring di atas katil sambil berselimut dan hasil pemeriksaan oleh anggota penguat kuasa wanita kemudian mendapati wanita itu tidak berpakaian," katanya.
Sementara itu, pihak penguatkuasa JAINJ kemudiannya turut menemukan pakaian kedua-duanya yang disangkut berdekatan.
Iklan
Tambah kenyataan itu lagi, keadaan tersebut menimbulkan syak wujudnya perbuatan khalwat di bilik hotel berkenaan.
"Siasatan lanjut mendapati, lelaki berkenaan yang tinggal di Pontian dikatakan menyewa bilik hotel terbabit kerana pulang lewat dari tempat kerjanya di Johor Bahru, sementara wanita itu pula tinggal menyewa bersama rakan di bandar ini.
"Pasangan berkenaan ditahan atas kesalahan disyaki berkhalwat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 sebelum dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut," menurut kenyataan itu lagi.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.