SYARIKAT Semantan Estate (1952) Sdn Bhd memiliki 283.28 hektar tanah di Kuala Lumpur.
1956
Syarikat itu menerima notis kerajaan untuk mengambil alih tanah seluas 106.542 hektar daripada Semantan Estate pada kadar RM1.325 juta.
Mereka mendakwa kerajaan memperoleh 24.281 hektar lagi dalam tahun yang sama tanpa mengadakan siasatan atau memberikan pampasan.
1970-an
Kerajaan berkata pengambilan tanah (dikenali sebagai Jalan Duta) ditetapkan untuk pembangunan, namun bangunan kerajaan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Arkib Negara telah didirikan pada 1982.
1982
Syarikat itu dibubarkan.
2003
Semantan Estate memfailkan saman pemula menuntut pemulangan tanah dan/atau pampasan atas dakwaan pengambilan tanah secara tidak sah.
2009
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Zura Yahya memutuskan bahawa kerajaan telah menceroboh tanah tersebut dan Semantan Estate masih mengekalkan kepentingan benefisial ke atas tanah terbabit.
18 Mei 2012
Mahkamah Rayuan menolak permohonan kerajaan untuk merayu berhubung keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009.
21 November 2012
Mahkamah Persekutuan di Putrajaya menolak permohonan kerajaan untuk mendapatkan kebenaran merayu keputusan Mahkamah Tinggi.
Februari 2017
Syarikat berkenaan memfailkan saman pemula terhadap Pendaftar Tanah Wilayah Persekutuan bagi menguatkuasakan keputusan Mahkamah Tinggi tahun 2009.
2017
Kerajaan mencadangkan penyelesaian bagi menamatkan pertikaian tanah tersebut.
2018
Mahkamah Persekutuan sekali lagi menolak permohonan kerajaan untuk menyemak semula keputusannya.
7 Ogos 2024
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh, mengarahkan hak milik tanah dipindahkan kepada Semantan Estate.
• Mahkamah turut mengarahkan pelikuidasi Ladang Semantan didaftarkan sebagai pemilik rasmi tanah dan bebas daripada sebarang bebanan, termasuk melengkapkan dokumen undang-undang bagi memindahkan hak milik serta mengembalikan pegangan fizikal kepada pemilik sah.
24 Jun 2025
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan di Putrajaya mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2024, dan tanah berkenaan tidak perlu dipindah milik kepada Semantan Estate, menjadikannya kekal sebagai milik kerajaan.
• Kerajaan perlu membayar pampasan berdasarkan nilai pasaran 3 Disember 1956 dengan faedah 6 peratus setahun sehingga pembayaran dibuat.
21 Julai 2025
Semantan Estate memfailkan notis usul ke Mahkamah Persekutuan dengan 26 persoalan undang-undang sebagai asas rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.
29 Ogos 2025
Semantan Estate memperoleh perintah untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 24 Jun, sementara menunggu permohonan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan.
13 November 2025
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan menolak permohonan syarikat itu untuk mendapat kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan pada Jun lalu.